Setelah dikaji, seluruh ahli rumah telah bersetuju untuk mengadakan satu (1) perlembagaan teragung utk mempertahankan diri, hak & maruah masing-masing dari serangan dalaman mahupun luaran. Oleh itu, sebagai autoritas automatika autonomi Rumah Kecoa Kopro, saya dengan ini mengumumkan beberapa perkara penting dlm perlembagaan Rumah Kecoa Kopro. Pihak berkuasa berhak untuk menambah, mengurangkan atau menukar perlembagaan pada bila-bila masa tanpa notis.
Perkara 1 (Mayu & hubungan sesama ahli)
Perkara 1.1 - Definisi Mayu
Merujuk kpd Muhammad Naufal, umur 20 (2008), belum berkahwin tetapi berkeluarga, mampu 'chatting' dengan 7 (tujuh) orang sekaligus tanpa mempunyai masalah tak cukup tangan, mempunyai kelajuan makan 110g/min, tak mampu makan telur kuning dan mempunyai kipas yang aneh. Penggunaan perkataan 'Mayu' untuk benda, hidupan atau perkara yang tidak bersangkutan dengan ciri-ciri di atas adalah dilarang keras.
Perkara 1.2 - Penggunaan Kata Adjektif
Kata adjektif yang berunsur pujian kelelakian adalah dilarang digunakan untuk benda, manusia, dan perkara yang tidak berkaitan dengan Mayu (ruj. Perkara 1.1). Hanya benda, manusia atau perkara yang mempunyai Mayu sebagai subjek boleh menggunakan perkataan-perkataan seperti; 'hot', 'cool', 'macho', 'cute', 'chubby', gigih, gagah, amanah, cemerlang, gemilang, dan terbilang. Penggunaan perkataan adjektif yang berunsur pujian kelelakian yang telah disebutkan untuk benda, hidupan atau perkara yang tidak bersangkutan dengan ciri-ciri di atas adalah dilarang keras.
Perkara 1.3 - Waktu Tidur Mayu
Waktu tidur Mayu (ruj. Perkara 1.1) adalah pada pukul 9.30 malam WIB dan kesemua ahli rumah lain wajib menghormati waktu tidur Mayu kerana waktu tidur yang cukup adalah sangat penting pada tumbesaran Mayu. Segala gangguan akan dianggap sebagai provokasi perkauman dan diskriminasi walaupun tiada perkaitan dengan perkauman mahupun diskriminasi.
Perkara 2 (Hak Milik Bersama & Hak Milik Persendirian)
Perkara 2.1 - Definisi Hak Milik Persendirian
'Hak milik persendirian' merujuk kepada kuasa posesif mutlak ke atas barang yang disenaraikan dalam Perkara 2.2. Barang-barang yang telah diklasifikasikan sebagai hak milik persendirian hanya boleh digunakan oleh tuan punya dan tuan punya mempunyai hak untuk merampas barang yang digunakan tanpa persetujuan bertulis darinya. Jika tuan punya tiada, maka barang itu boleh digunakan sehingga tuan punya barang kembali. Pengguna perlu bertanggungjawab ke atas barang yang digunakan. Pelanggaran hak ini adalah tertakluk kepada hukuman atau denda serta-merta jika sabit kesalahan.
Perkara 2.2 - Senarai Barang Hak Milik Persendirian
Antara barang yang diklasifikasikan sebagai hak milik persendirian (ruj. Perkara 2.1) adalah -
Bantal;
Berus gigi;
Kipas;
Sabun Mandi;
Sarung Bantal;
Snell Jas;
Makanan Ruji dan Snek
Berus gigi;
Kipas;
Sabun Mandi;
Sarung Bantal;
Snell Jas;
Makanan Ruji dan Snek
Perkara lain yang dirasakan perlu akan ditambah mengikut kesesuaian.
Perkara 2.3 - Definisi Hak Milik Bersama
'Hak Milik Bersama' merujuk kepada kuasa posesif mutlak ke atas barang yang disenaraikan dalam Perkara 2.4. Barang-barang yang telah diklasifikasikan sebagai hak milik bersama boleh digunakan oleh segenap penghuni rumah di tingkat atas. Namun, penggunaan kesemua barang-barang ini tetap terkawal dengan adanya peruntukan undang-undang yang melindungi mereka. Kesemua pengguna mestilah menggunakan setiap barang yang dimiliki bersama dengan cekap, cermat, hemat dan gelimat.
Perkara 2.4 - Senarai Barang Hak Milik Bersama
Antara barang yang diklasifikasikan sebagai hak milik bersama (ruj. Perkara 2.3) adalah -
Bilik Mandi & Tandas
Peti sejuk LG
Toilet
Kasur
Torture Room
Spray non-CFC Baygon utk kecoa & nyamuk
Perkara lain yang dirasakan perlu akan ditambah mengikut kesesuaian.
Perkara 2.5 - Peraturan Khusus Barang Hak Milik Bersama
Bilik Mandi & Tandas
- 'Bilik Mandi & Tandas' merujuk kepada dua (2) bilik kecil di bahagian tepi dapur yang sering menjadi tumpuan setiap ahli rumah di waktu pagi. Masa penggunaan setiap ahli rumah adalah berbeza kerana luas permukaan badan tetapi pengecualian diberikan kepada AJK tandas kerana beliau mempunyai hak untuk lepak di sana lebih dari masa yang sesuai untuk luas permukaan badannya. Jadi, untuk mengelakkan terlambat di pagi hari, setiap ahli rumah digalakkan menggunakan kekerasan untuk menghalang beliau dari masuk ke tandas lebih awal.
1 comment:
seres..perlembagaan umah ni sgt detail lagi komplicated bagiku..
mmg mcm perlembgaan formal yg sebenar..
tinggal nk kuarkn akta2..and section2 je..fasal da ade da sket2 ak tgk..
Post a Comment