30 March 2014

Team Bola Sepak Paling Power

Ada yang kata team Arsenal time zaman invisible dulu team paling hebat yang pernah dilihat umat manusia.

Ada pulak yang kata team Barca masa zaman Guardiola dulu paling hebat.

Ada jugak yang suggest Bayern Munich. Diorang kata punyalah hebat sampai Barca pun boleh kena kitai semi final Champions League tahun lepas.

Yang semangat patriotik tinggi pulak cakap team Malaysia masa menang Piala AFF dulu team paling power yang pernah dilihat sepanjang hidup diorang.

Tapi bagi aku, hanya satu team yang paling hebat, paling mantap, paling power yang masih bertakhta di hati aku sehingga kini.

Dengan ini terimalah,

Kecoakopro FC (Season 08/09)

GOALKEEPER - Gianluigi 'Mayu' Buffon
Sikapnya yang tenang dan skill basketballnya yang hebat menjadikannya seorang keeper yang unik. Tidak pernah gentar dengan rembatan lawan sehingga terlihat beberapa kali sengaja memberi bola kepada striker lawan untuk dirembat. Kini sudah tidak aktif bermain sebagai goalkeeper dan lebih sering beraksi sebagai striker kerana katanya jiwanya lebih serasi dengan posisi sebagai seorang goalmachine.

DEFENDER - Sergio 'Apit' Ramos
Hensem. Pernah direkrut oleh agensi model untuk menjadi model kepada beberapa jenama ternama. Sering dianggap sebagai David Beckham Kecoakopro FC. Skill dribblenya yang unpredictable sering membuat lawan tertipu seperti di dalam game Fifa Street. Tetapi badannya yang kurus keping menyebabkan pihak musuh memilih untuk bermain kasar sehingga pernah sekali dilanggar sehingga melayang keluar padang. Kini sudah bersara dan akan mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta.

DEFENDER - Laurent 'Wahidi' Koscielny
Refleksnya yang sedikit pantas membolehkannya membaca pergerakan striker lawan dengan baik. Suka melakukan bentesan keras dan pelanggaran walaupun mengorbankan kaki sendiri. Walaupun kaki kanan beliau pantas dan cekap, kaki kirinya langsung tiada guna. Kini stamina dan refleksnya sudah jauh berkurang dan hanya mampu bermain untuk 5 minit sebelum keluar padang kehausan meminta air.

MIDFIELDER - Saerji Kagawa
Berwajah mirip Kagawa, penuh dengan skill yang dipelajarinya setiap malam di Youtube. Kakinya yang pantas dan mengelirukan membuatkan dia menjadi nightmare bagi pihak lawan. Pernah membelot team Kecoakopro FC  dengan join team yang lebih senior demi sebuah pingat. Kini masih lagi bermain futsal, tetapi hanya apabila dijemput kerana beliau lebih selesa bermain Dota atau bergelak tawa menonton Running Man di rumah.

STRIKER - Wayne 'Tocet' Rooney
Rembatan yang padu dan badannya yang kecil menyukarkan defender lawan mengawal beliau. Walaupun kadang2 rembatannya sering menyebabkan bola masuk ke rumah jiran sebelah, tetapi jika mengena, kekuatan rembatannya dapat mengoyakkan jaring gol. Walaupun begitu, beliau sering dilanda kecederaan, dari ibu jari kaki sehingga ke bahagian apendiks. Kini beliau hanya duduk di rumah mengumpul lemak dan kadang2 dapat dilihat di stadium menyokong JDT.

SUBSTITUTE - Didier 'Pejo' Drogba
Lariannya lurus mengikut landasan tidak kira apapun halangan dan aral yang melintang. Melanggar setiap orang dengan kelajuan penuh sebelum merembat tonjol sekuat hati walaupun gol terbentang didepan mata. Sering digunakan sebagai supersub untuk memusnahkan team lawan. Kini sedang sibuk setelah selesai penggambaran Man of Steel. 'Aku tak reti doww main bola', ayat yang sering diberikan setiap kali diajak bermain futsal.

MANAGER - Arsenepai Wenger
Taktik dan strateginya yang sering out of the box menjadikannya seorang manager yang berwibawa dan dikagumi ramai. Menjadikan Rajagopal sebagai idola, pilihan2 strateginya sering membuahkan kemenangan kepada Kecoakopro FC. Kini sudah tidak lagi menjadi manager kerana beliau mendapati menjadi seorang pembaiki komputer adalah lebih best berbanding menguruskan sebuah team bola.



Sekian team yang paling hebat pernah aku jumpa. Walaupun hanya tinggal sejarah, kehebatan mereka masih lagi segar di ingatan. Team lain ibarat semut je kalau jumpa team ni. 


Akhir kata, kalau ada futsal mohon ajak kitorang.