27 November 2011

Terkedu




leading 2-0, home match, player Bahrain tinggal 10 orang, game tggal berapa minit je lagik nak abes.



p/s:nevermind..keep on working hard..potential besar da nmpk on few players..develop lg please!

Satu Hari di Gelora Bung Karno

21 November 2011, jam menunjukkan pukul 8 setengah pagi. Shahir dah bising2 suruh bangun sebab ada kelas pukul 9 kang. Tapi aku rasa malas sebab hajat di hati nak tengok final Malaysia lawan Indonesia kat Gelora Bung Karno petang karang tak tercapai. Semalam lagi tiket dah habis terjual, yang tak dapat tiket pulak pergi bakar booth jual tiket tu. Memang bangang. Aku dah pegi stadium masa lawan Singapore, Cambodia dengan semi final lawan Myanmar, jadi agak terkilan la tak dapat pegi final. Akibatnya satu hari aku ponteng kelas, dengan alasan down punye pasal.

Dengan tidak semena mena, datang pulak Tocet. Aku agak dia datang ni konfem nak pijak aku suruh bangon. Cepat2 aku mengelak. Tapi sangkaan aku meleset. Cover2 malu, aku buat2 baca tweet dekat fon aku. Tiba2 keluar pertanyaan yang terus membuatkan aku teruja,

“Weh, kita nak pegi stadium petang ni kang naik motor ke naik teksi ni?”

“Ko nak pecah masuk stadium ke ape? Kan semalam lagik tiket dah abes. Ni bukannye group stage buleh beli tiket kat sana terus masuk.”

“Haaaa, part tiket tu ko ikut je aku nanti. Aku dah save kan tempat untuk ko dengan Aboh.”

Pehhhhhh. Bagi aku pagi tu, Tocet la manusia paling hensem yang aku penah jumpa. Lagi hensem dari Brad Pitt mahupun Aaron Aziz. Selepas diajukan soalan tersebut, aku bingkas bangun mandi terus pegi kelas. Mood suram jadi ceria. Aku dapat rasakan sinar kat wajah aku pagi tu. Aku bajet Malaysia mesti boleh menang punya la malam ni, nak2 pulak aku ada kat stadium. Konfem menang punya lah. Fakri Saarani mesti skor paling kurang 2 bijik punya la malam ni.

Balik kelas tu aku pegi makan dengan Shahir. Walaupun baru je pukul 1 petang, supporters Indonesia dari tempat aku tinggal ni dah mula gerak ramai2 pegi stadium. Baju merah, scarf merah kat leher, bawak bendera, muka cat merah, pegang hon. Semangat btol diorang ni. Tu dendam dengan Malaysia mesti membuak buak tu. Diorg tak tau yang Fakri nak skor 2 bijik malam ni. Kalau diorg tau tu mesti diorg tak jadi nak pegi. Patah balik tengok kat tv je malam karang.

Kitorg gerak naik teksi. Tocet selaku orang paling hensem bagi aku hari ni suruh gerak pegi Hotel Sultan dulu, hotel semua atlit Malaysia tido. Tunggu Bro Rizal katanye. Aku dengan Aboh sebagai orang yang takde tiket ni pon follow je la. Dalam pukul 4.45, Bro Rizal tiba bersama Team Malaysia, penyorak untuk team2 Malaysia sepanjang temasya Sukan SEA ni merangkap pengsponsor tiket kitorang.

kepala penyokong

Kitorang ikut masok bilik mesyuarat, aku ingat ni memang konfem dapat tiket ni. Berapa ketul orang je pon yang semangat datang stadium macam aku ni. Orang lain semua datang Indonesia nak belajar betul2 untuk jadi doktor, tapi aku tak. Belajar pon malas. Tengok bola rajin pulak. Berbaju batman hitam dengan lambang kuning siket siket, hati aku berkobar kobar. Tiba2,

“ok guys, dengar sini, hari tu masa semi final kontinjen kita dapat 100 seat vvip tapi malangnya, untuk final ni kita dapat 50 seat je untuk vvip. Baki lagi 50 bukan vvip punya seat.”

Ala, berapa orang je pon student datang ni, teksi aku 5 orang tambah sana sikit sini sikit ada la dalam belas2 orang kot. Team Malaysia ade dlm 35 orang, cukup la 50. Tapi semakin masa berlalu, semakin bertambah bilangan orang dalam bilik tersebut. Dari 7-8 orang kat satu sudut, sekarang dah jadi berpuluh puluh orang. Lelaki, perempuan, bertudung, free hair, pakai topi semua ada. Ah sudah.

“Ok guys sebab sekarang ade 15 tiket je baki untuk kita student, abang kena buat undi nak bagi adil. Sebab kita ramai sangat ni. Abang mintak maaf awal2 la bagi yang tak dapat pegi tu ek”

Adessssss. Aku dah pegi 3 match sebelum ni. Takkan aku nak miss time final pulak dah. Undi2 ni aku takde luck sikit. Seperkiraan aku, tak penah aku dapat cabutan2 bertuah ni. Menang bekas pensel pon tak penah, apetah lagi dapat ipad macam si Shahir tu. Undi dah nak mula dah. Aku agak2 kalau tak dapat pegi stadium ni, aku amik je la tiket bukan vvip tu. Pakai topi Indonesia, berbaju batman insyaAllah selamat kot. Muka dah jawa habis dah. Sorak dalam hati, nak marah Fakri pon dalam hati je. Daripada aku balik tengok kat rumah kan.

Undian pun bermula. Ade 15 je kertas lipat2 yg ade tanda X dalam kotak yang Bro Rizal pegang. Aku masuk join beratur. Anip, Aboh, Adib kat depan aku semua dapat pegi. Tocet, member aku yang paling hensem hari ni tak dapat pulak. Muka dia aku tengok dah macam hilang bini kena langgar lori. Hati aku berdegup kencang. Rasa nak terkencing makin memuncak. Keringat menitis di pipi.

“Ah takpe la. Kalau tak dapat pun kurang2 ade geng”, bisik aku nak sedapkan hati.

Sekarang tiba giliran aku. Nafas aku tarik panjang2, aku pon amik kertas dalam kotak tu. Lepas tu aku bukak.


Tiba2 aku rasa nak stadi. Nanti aku sambung cerita.

19 November 2011

WTF????

harian metro 19 November 2011

yaa..ini merupakan benda penting lagi penuh bersejarah di bumi Malaysia yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat pada hari ini...berada di frontpage membuktikan betapa pentingnya dalam memajukan minda serta menghasilkan ekonomi yang berdaya saing..siapa yg tak baca..mmg tenggelam ditelan arus globalisasi..


haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....da takde story sgt ke?

15 November 2011

exam OSCE

bila tengok ketebalan checklist skillab untuk prepare OSCE...


tapi bila pikir2 balik..bolehke aku berjaya..tgok bahan yg nk kena study macam.....


tapi takpe...ape adehal kan??


CHALLENGE ACCEPTED!!!!