24 March 2012

Satu Hari di Gelora Bung Karno (Part Akhir)

Sementara tunggu match nak start, kitorang usha sekeliling. Rasa mcm seekor kambing yang tersesat dalam sekumpulan biri2. Takpun setitis nila dalam sebelanga susu. Kamera stadium pulak tak habis2 tayang gambar cewek2 manis dekat skrin besar stadium. Bila brader kepala botak kena fokus, satu stadium boo. Aku yakin brader tu konfem down sebulan dua.

Usha punya usha, akhirnya ada jugak orang lain yang kami kenali selain ahli2 rombongan kitorang ni. Nun jauh kat atas, tempat paling selamat dalam stadium Gelora Bung Karno ni, kami ternampak Dato' Shabery Cheek tengah borak dengan sape ntah. Kitorang cuba melambai ramai2 sambil mengibarkan bendera ke arah beliau, tapi hambar. Setelah penat berusaha lambai2 cam sakai, kami give up. Ada peminat Indonesia sorang lak emo, ingat kitorang provoke dia. Ceh.

Tiba2 aku ternampak satu susuk tubuh tegap, berbaju kuning berjaket hitam. Member2 sume berlari ke arah susuk tubuh tersebut. Aku cuba nak tengok siapakah gerangan empunya tubuh. Rupa-rupanya,

"Safee Saliiiiiiiii...!", jerit member sebelah aku dengan ekspresi terkejut umpama ternampak David Beckham.

Kali ni tak hambar macam tadi. Rajin Safee Sali layan kitorg. Dapat la kitorg amik gmbar dgn dia barang sekeping dua. Tuff betol badan dia, patot la rembat bola berdesup je pergi. Kalau nak banding dgn aku, ada la ibarat sebatang lidi dgn batang pokok kelapa.

Kami dan Safee Sali

Aku duduk balik. Kali ni match mmg btol2 dah nak start. Lagu Negaraku dimainkan. Kitorang sume berdiri tegak. Pertama kali aku nyanyi negaraku dgn penuh beremosi. Sebelum ni nyanyi sbb terpaksa je masa kat perhimpunan sekolah. Tapi emosi aku sia-sia sbb kitorang 60 orang je yang nyanyi. Fans indonesia yang lain suma boo. Tak masuk lagik yang bunyikan hon, takpon duduk wat bodoh je. Jeritan “maling” bergema satu stadium. Memang tak dgr la suara kitorg dlm stadium tu. Sayup2 pon takde.

Lepas habis lagu negaraku lagu Indonesia Raya plak dimainkan. Sebagai tanda hormat kitorang berdiri jugak. Walaupun dah 3 tahun duduk Jakarta, aku mmg tak hafal langsung lagu Indonesia. Part chorus ade la sikit2. Kali ni semangat betul diorang nyanyi. Satu stadium bergema. Siriyes semangat naik kalau aku player Indonesia. Habis lagu kitorang pun duduk. Hati aku berdegup kencang. Aku tengok kiri kanan aku, merah semata-mata. Aku tengok je player Indonesia dgn Malaysia salam. Ni kalau mental lemah memang habis Malaysia kena ayam ni.

Tegak berdiri

Wisel dibunyikan. Dengan gaya duduk ala2 Jose Mourinho sambil tangan menongkat dagu, aku menonton match tersebut dengan penuh tekun. Aku jamin kalau kat kelas aku camtu setiap hari, konfem aku dapat anugerah Cum Laude satu hari nanti. Tapi apakan daya, aku memang pemalas. Datang kelas pun dah kira untung. Kembali kepada match, aku tengok Malaysia main penuh macho. Penuh berhati-hati.

Tiba2 indonesia dapat corner dalam minit ke 5 camtu. Aku berdiri untuk melihat corner dengan lebih jelas, sebab kalau duduk view tak clear sangat. Corner diambil. Memang cantik bola tu diangkat.

GOOOOOLLLLL…..!, satu stadium bergema. Tangan aku dah kat kepala. Indonesia di hadapan hasil tandukan siapa ntah player Indonesia aku tak kenal. Aduh, baru minit ke 5 ni, dah kena sebijik. Cewek indon belakang seat kitorang dah menari sana sini dengan niat nak provoke kitorang. Nasib baik yg duduk sebelah pakcik tu member aku si Farid yang penuh dengan ketenangan di dalam diri. Kalau aku dah lama cewek tu kena siku.

Match diteruskan. Attack sana sikit sini sikit. Passing banyak tengah2 padang je. Dalam minit ke 35 camtu, tiba2 kapitan Malaysia, Badrol Bakhtiar merampas bola. Dengan pass rendah yang cantik, Asraruddin Omar menanduk bola tersebut ke arah gol. Aku bajet bola rendah camtu sepak je la lagi senang. Bola meleleh dengan halaju seekor siput ke arah pintu gol lalu menewaskan penjaga gol Indonesia. Aku tergelak. 60 lebih penyokong Malaysia bangun bersorak. Satu stadium tersenyap. Kami saling berpelukan. Cewek sebelah Farid terkedu.

Tak lama lepas tu, wisel dibunyikan untuk half time. Oleh kerana kami duduk di seat vip yang dikelilingi fans2 indonesia yang ganas2 belaka, aku tak berani nak ke mana-mana hatta ke toilet sekalipun. Apa yang mampu kami buat hanyalah tangkap gambar sana sini. Nasib baik ada 3 player Malaysia yang injured duduk sekali dengan kitorang. Ada Izzaq, Syahrul Azwari dengan Wan Zaharulnizam. Habis aku rasa semua orang pegi ambik gambar dengan diorang tiga.

Second half dah nak start. Sepanjang half tu aku duduk sambil menepuk nepuk belon panjang tu. Ape ke nama bendalah tu aku pon tak tau. Tapi tiada gol dicetak pada separuh masa kedua. Ada la beberapa attack yang nampak bahaya, tapi gagal. Game berlanjut ke masa tambahan. Aku bajet ni konfem penalty sebab dari tadi game nampak seimbang je. Malaysia attack, indon attack balik. Bola pulak banyak main tengah2 padang je. Tapi tiba2, Indonesia melakukan serangan. Nampak macam bahaya. Semua orang berdiri termasuk aku.

GOOOOOLLLLLLLL! Satu stadium bergema. Flare dekat scoreboard besar hujung stadium dah menyala. Aku tengok member2 aku, semua muka hampa. Lagi hampa dari fail subjek anatomi. Muka cewek sebelah Farid tak buleh nak riak lagik. Aku dah terduduk menggaru garu kepala.

Ok la tu sampai final. Extra time lagi. Dah takde rezeki nak buat camne kan, monolog dalaman aku cuba sedapkan hati.

Tiba2 tocet yang duduk sebelah aku suruh aku tengok Apek. Aku nampak Apek amik free kick. Aku mula tersenyum. Scoreboard yang tadi tulis 2 dah tukar balik jadi 1. Flare sebelah board dah padam, taktau memang dah habis atau diorang padamkan sebab gol tadi dah cancel. Ofsaid. Member2 belakang seat aku dah mula memandang sinis cewek sebelah Farid. Terduduk member.

Freekick diambil Apek. Game dimulakan. Tak lama lagi nak penalty ni. Main punya main, pass sana sini, tiba2 Malaysia skor. Member2 aku semua dah melompat. Tapi betul jangkaan aku yang gol tu ofsaid. Cewek sebelah Farid dengan girang membalas dendam.

Extra time tamat. Match dilanjutkan ke sepakan penalty. Aku rasa semua dah tau dah macam mana ending dia. Penalty last Malaysia masa Badrul Bakhtiar amik tu mula2 satu stadium dah bersorak, tak buleh nak kuat lagik. Kami semua terduduk kehampaan. Tapi boleh pulak bola pusing2 masuk gol. Memang nasib menyebelahi Malaysia malam tu. Bukan salah Fakri. Dia power. Dah bola tu taknak masuk nak buat camne kan.

Masa player tengah celebrate, aku nampak stadium mulai lengang. Semua penyokong keluar kehampaan. Sedang aku berborak dengan Adib yang duduk seat sebelah aku, kepala dia basah secara tiba2. Apehal? Rupa-rupanya ada fans indon kat atas yang tak puas hati, isi air dalam plastic, campak kearah kitorang. Kesian aku tengok kepala adib kuyup. Nasib baik air kosong je bukan air kencing. Selain air, benda2 lain macam botol kicap pun ada diorg baling. Apesal botol kicap bawak pegi stadium jangan tanya aku. Mungkin diorang nak makan nasik.

Kepala kuyup

Tapi ada beberapa penyokong Indonesia yang baik datang mintak maaf kat kitorang atas perlakuan penyokong2 lain. Ada cewek siap datang amek gambar dengan kitorang semua lagik. Hehe. Dekat padang aku nampak dah ada satu group yang approach Ong Kim Swee. Dengar cerita tu doping team. Apesal nak doping betul2 lepas match aku tak paham. Mungkin jeles Malaysia menang. Kot2 la Fakri kantoi amik apa2 ke kan.

Lepas nyanyi negaraku seround dengan penuh semangat, tanpa gangguan penyokong Indonesia yang dah keluar hampir semuanya, kami dikuarantinkan di bahagian bawah stadium nak dekat sejam jugak la. Sebelum dikuarantin dapat jugak la salam2 dengan player Malaysia yang lalu betul2 depan kitorang. Fakri tak Fakri aku salam je semua player. Ada beberapa wartawan datang menemu ramah kitorang dan snap2 gambar. Dapat jugak la pegang gold medal diorang. Buleh tahan berat.

Kitorang keluar ikut terowong bawah stadium yang turut dilalui ref perlawanan. Ong Kim Swee tunggu kitorang elok kat hujung terowong untuk berterima kasih kat kitorang sebab datang menyokong walau kat Gelora Bung Karno sekalipun. Sebelum naik bas, kami diarahkan untuk menutup langsir bas dan sesiapa yang memakai jersi Malaysia disuruh duduk di bahagian tengah bas. Ini kerana menurut mereka, beribu-ribu penyokong setia Indonesia dah tunggu kitorang dengan player kat luar stadium. Perut aku dah berkeroncong akibat sehari suntuk tak makan. Aku bajet ni mau macam tadi, bas tak gerak dekat sejam.

Tetapi tanpa dijangka, bas bergerak laju tanpa halangan. Dengar cerita penyokong ramai yang tunggu kat gate satu lagi di mana player Malaysia akan keluar menaiki barracuda. Setelah sampai ke kawasan Senayan, henfon aku berbunyi. Macam2 mesej masuk. Fesbuk, twitter, bbm, sms semua ada. Ni mesti sebab dalam stadium tadi tak dapat sampai. Sepanjang aku dalam stadium, satu bar line pun takde.

Jalan sedikit macet. Setelah setengah jam di dalam bas, kami sampai ke Hotel Sultan. Di situ kami berpisah dengan brader2 ultras Malaya dan penyokong2 lain. Kami pergi mencari teksi. Perut dah nyanyi macam2 lagu. Kami plan nak pegi makan mekdi je memandangkan hari yang dah larut malam. Walaupun lapar tahap dinoso, aku tetap tersenyum. Kemenangan Malaysia dan pengalaman ke Gelora Bung Karno memang aku takkan lupa sampai aku mati. Sampai ke cucu aku nanti aku akan cerita pasal benda ni. Haha. Tak lupa jugak muka kitorang yang selalu keluar kat tv dgn surat khabar. Dah kitorang je fans Malaysia yang ada. Nak wat camne kan. Hehe. Glamer gak la kitorg sehari dua.


p/s : Walaupun takde orang pon bace blog kitorang yang hambar ni, aku nak post jugak. Peduli apa aku. Lambat tak lambat.

Terima kasih diucapkan kepada Bro Rizal yang membantu kitorang dapatkan tiket masuk. Vip siap. Tanpa beliau, kami mungkin hanya menonton match tersebut di rumah sambil berkain pelikat.

3 comments:

cik tasukeecOklat said...

I've been waiting for dis entry like forever la dik...~
puas hati dpt baca..~

adi kkcg said...

hehe. sori la kak lambat. dah masok tahun ke 4 la katakan. ni pun post sbb tau akak nak baca la ni. kalo x malas dah. hehe.

cik tasukeecOklat said...

bagus bagus...
study leklok k..~