28 January 2012

Edisi Khas Raya Cina

Bersempena hari raya cina yang disambut meriah di seluruh dunia beberapa hari yang lepas, Kecoakopro corp. hari ini akan cuba merungkaikan satu persoalan yang dah lama menjadi misteri buat kami sekeluarga. Misteri tersebut adalah, adakah Saer cina?


Pada hemat kami, dia ada kena mengena dgn bangsa cina kerana :

1) Muka beliau yang sah2 macam orang cina. Mata sepet, berwajah apek.

2) Saer power maen basketball serta pingpong. Umum mengetahui kedua-duanya adalah sukan yang dikuasai oleh bangsa cina.

3) Kalau main monopoly konfem dia menang. Ni sah2 ada genetik apek jual ikan ke ape ni. Keje nak untung je. Tiada belas kasihan diberikan ke atas musuh2 perniagaan beliau.

Permainan feveret sepanjang zaman.

4) Hard disk beliau penuh dengan movie2 cina. Cerita melayu ade la berapa je, boleh bilang dengan jari.

5) Pro dota. Jarang orang melayu pro dota tahap gaban kecuali dia ada kena mengena dgn cina mcm Saer.

6) Kami yakin beliau dapat buat muka2 berikut secara perfek sekali, dengan penuh selamba :



7) Saer suka makan kat kedai chinese moeslem. Kitorg rase la.

8) Saer juga adalah peminat setia Stephen Chow. Sume movie yang ade Stephen Chow dia download. Kalau ada game ke, action figure Stephen Chow ke konfem dia beli. Nasib baik xde.

Wajah seorang idola.

9) Setelah tiga tahun melakukan kajian yang mendalam, muka beliau kami dapati merupakan gabungan wajah Bruce Lee, Park Ji Sung serta Stephen Chow. Ini justeru mengukuhkan lagi hujah kami yang Saer ada kena mengena dgn genetik cina.



p/s : Demikianlah hujah bernas kami. Kami mengalu-alukan sebarang bantahan atau tambahan info.

No comments: