15 April 2012

Alkisah #2 - Aspartam

Satu masa dahulu, di suatu tempat yang dipanggil Kepa Duri, tinggallah enam orang manusia di sebuah rumah yang besar tapi bilik2 nya kecik. Walaupun sewa bilik mereka agak mahal, tapi kehidupan mereka sangat lah bahagia. Satu2 nya masalah yang mereka hadapi adalah taktau kat luar pagi ke petang, sebab ketiadaan tingkap. Dengan keenam enam bilik dalam satu lorong panjang, mereka hanya perlu beberapa langkah untuk pergi dari satu bilik ke bilik yang lain.

Sori dow lukis pelan buruk. Tangan aku gigil.

Nak dijadikan cerita, di suatu malam yang hening, kesemua enam orang sedang sibuk dengan aktivitas malam mereka. Aku yang masih tiada laptop sedang sibuk membaca Harry Potter. Saer pula seperti biasa, sibuk melakukan aktiviti feveretnya iaitu tidur. Sedang Naufal (tak dapat nama Abohh lagik masa ni) pula bermain PSP dan Tocet yang berada di bilik hujung mungkin sedang berborak dengan Apai. Sapik pula sedang membazir masa, melompat slow mo sana sini bersama game Max Payne yang baru dibelinya di Roxy Square tempoh hari.

“Weh Wahidi, jom usha Sapik lompat2 slow mo jap. Buleh kita gelakkan dia. Ceria sikit hidup kita”, ajak Apai kebosanan.

Bernas gak idea ko tu. Ayuh!

Bergerak la mereka ke arah bilik Sapik yang hanya beberapa langkah saja jaraknya. Betapa terhiburnya mereka berdua malam itu, hanya Tuhan saja yang tau. Sehingga akhirnya Sapik fed up lalu off laptop beliau, hampa dengan perangai member2. Setelah bahan ketawa mereka sudah tiada, mereka bertiga mati kutu. Hidup terasa sunyi. Masa dirasakan bergerak terlalu perlahan. Yang kedengaran hanyalah sayup2 bunyi air cond berjenama LG di hujung lorong.

Setelah 10 minit berada dalam keadaan statik, mereka bertiga memutuskan untuk melepak di bilik Wahidi. Oleh kerana bilik beliau yang besar sikit dari bilik2 yang lain, jadi bilik beliau dengan rasminya menjadi bilik lepak umum. Naufal yang baru habis bermain PSP pun join sekaki berborak.

Tiba-tiba, kami semua tersentak apabila terdengar suara mengilai yang menakutkan. Sebijik macam bunyi pontianak.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tolong aku weehhhhhhhhhhhh.

Sebuah susuk tubuh berlari ke arah kami lalu memeluk Apai. Tocet menggigil. Suara mengilai masih lagi terdengar, bergema ke seluruh pelusuk rumah. Saer masih lagi nyenyak tidur manakala semua yang lain berkumpul di bilik Wahidi, ketakutan. Setelah beberapa lama menggigil, mereka memutuskan dengan apa cara juga sekalipun, mereka mesti menghentikan bunyi tersebut dari terus berpanjangan. Perbincangan intensif terus diadakan untuk menghentikan suara mengilai itu.

Setelah kata sepakat dicapai, mereka bergerak secara berkumpulan menuju ke arah punca suara tersebut. Mereka yakin suara tersebut datang dari bilik Tocet sendiri. Ada antara mereka yang memegang batang penyapu sebagai langkah keselamatan dan ada juga yang berkopiah serta membawa surah Yasin. Bilik Tocet yang terletak di hujung lorong, hanya berselang satu bilik dari bilik Wahidi terasa sangat jauh. Selangkah demi selangkah mereka bergerak dengan penuh berhati-hati. Tiada jarak memisahkan mereka berlima.

Tiba di depan bilik, suara mengilai terdengar semakin kuat bergema. Ni kalau sesiapa sorang-sorang kat bilik sekarang konfem dah pengsan lepas terkencing dalam seluar. Setelah melakukan perbincangan untuk yang terakhir kali, mereka saling mengucapkan selamat sesama sendiri. Siapa tahu apa akan terjadi lepas peristiwa ini. Walaupun baru beberapa minggu kenal, tapi persahabatan mereka sangat akrab. Bagai isi dengan kuku.

Di sebalik suara mengilai yang semakin kuat, mereka sepakat.

Ok semua. Ready eh? Ingat plan kita.

Okeh, bisik mereka beramai ramai.

Apai membuka pintu bilik Tocet perlahan lahan, diikuti yang lain. Tuan empunya bilik yang masih menggigil ketakutan berada di lini paling belakang.

Satu. Dua. Tiga. Go!

Tanpa menghiraukan bunyi mengilai yang sangat menakutkan, mereka menyerang. Sekilas aku sempat nampak muka makhluk tersebut. Sangat menakutkan. Berwajah putih pucat, berambut panjang, bermata merah. Tersenyum memandang kami semua.

“Patut la Tocet menggigil”, bisik hati aku.

Apa nak jadi mereka dah tak kesah. Yang penting makhluk ni hilang dari rumah kesayangan mereka dan tidak lagi mengganggu kesejahteraan serta keharmonian mereka berenam. Bersungguh sungguh mereka semua cuba memukul makhluk menakutkan tersebut. Tiba-tiba,

Weh! Aku dah tekan alt F4. Takde kesan dow!

Aaaaaahhhhhhh. Kita ikut plan B!

Dalam ketakutan, mereka memijak laptop Tocet sehingga tertutup. Kurang-kurang muka hantu tu dah tak nampak walau bunyi mengilai still ada. Peduli apa laptop baru ke tak, asalkan makhluk tersebut mati dan bunyi mengilai hilang. Setelah lama berfikir, last2 idea bernas pun tiba. Tak payah alt F4, mereka cabut je plug laptop. Habis cerita. Rumah kembali tenang. Mereka berpelukan sesama sendiri. Tocet sudah tidak menggigil lagi. Saer pula masih lena diulit mimpi.

“Baik ko bagitau weh. Angkara siapa semua ni?”, tanya Apai penuh serius dengan muka yang berpeluh peluh.

“As dow. Asmarina Mahmood. Dia siap suruh aku send kat ym korang lagi. Tapi sebab aku nak tau ape mende tu, aku bukak je la dulu”, jawab Tocet yang jelas masih dalam trauma.

“Asmarina? Aspartam? Siapa tu?”, tanya aku yang masih suci dan tak kenal siapa2 pun lagi selain housemate sendiri.

“Dia budak ktt dulu. Nanti aku tunjuk kat ko yang mana”, tambah Apai.

Semenjak kejadian tersebut, aku sentiasa memandang serong As. Setiap kali terserempak dengan beliau, aku nampak muka yang penuh evil. Ada dua tanduk kat atas kepala, tengah gelak jahat. Macam seorang witch dalam cerita Snow White. Penuh dengan evil plan untuk menimbulkan kacau bilau di dalam dunia yang fana ini.

***

Tapi tu semua dulu. Dah 3 tahun setengah pun berlalu. As takde la sejahat mana. Dia hanyalah seorang awek Kelate yang amik medic kat Indonesia, sama macam kitorang jugak. Cuma kitorang lelaki dan tiada sifat keibuan seperti beliau. Apa2 pun, tujuan post ini sebenarnya adalah kerana kami ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada rakan se-JPA kami, puan Asmarina. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit piut miut kiut miut miut :)

Gambar dicilok dari fb As.

Jangan risau, cerita kat atas adalah cerita betul, bukan rekaan. Tak percaya tanya la Apai ke Tocet ke. Takpon tanya la As sendiri kalau berani.


p/s : Kitorang sume lama lagi nak kawen. Jangan risau.

1 comment:

IzzunNasheev M Hasmuri said...

LOL. I laughed my ass off!