Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

14 September 2015

7 tahun dah rupanya.


Semuanya rasa macam baru semalam. Wajah2 asing kat KLIA. Sorang rambut afro. Sorang muka macam cina. Sorang tinggi tak cukup. Sorang badan sekeping. Sorang muka tua badan chubby2. Sorang lagi muka jawa rambut sepah. Tak sangka semua tu 7 tahun yang lepas.

Apa apapun selamat ulangtahun ke 7 kecoakopro! Walaupun blog ni hidup segan mati tak mahu, korang jangan risau. Persahabatan kami tetap utuh seutuh cinta Jack dengan Rose dalam cerita Titanic.

Tidak dilupakan juga kepada teman2 ukrida yang lain.

Sori lambat wish.

Housemanship bizi nak mampus. Kitorang semua macam mayat hidup dah ni.




p/s : Aku ingat nak balik jakarta jap makan Hanamasa, Habis makan aku balik KL balik.

17 November 2014

In My Life


There are places I'll remember
All my life, though some have changed
Some forever, not for better
Some have gone and some remain
All these places have their moments
With lovers and friends I still can recall
Some are dead and some are living
In my life, I've loved them all

But of all these friends and lovers
There is no one compares with you
And these memories lose their meaning
When I think of love as something new

Though I know I'll never lose affection
For people and things that went before
I know I'll often stop and think about them
In my life, I love you more

Though I know I'll never lose affection
For people and things that went before
I know I'll often stop and think about them
In my life, I love you more


In my life -- I love you more


The Beatles, Rubber Soul
(1965)

22 December 2013

The End of an Era

Dulu mula datang bukak internet check testi kat friendster,
Sekarang bukak internet check komen kat facebook, tweet kat twitter, friendster pun dah pupus.

Dulu mula datang chatting pakai yahoo messenger,
Sekarang laptop dah letak tepi, chatting pakai whatsapp takpun line.

Dulu mula datang handphone semua pakai Nokia, nampak Sony Ericsson tu dah kira power habis,
Sekarang blackberry pun dah tak pandang, paling kurang Samsung S4 mahupun Iphone 5.

Dulu mula datang dalam beg buku nota, nak stadi bukak buku,
Sekarang dalam beg ipad sebijik, nak stadi bukak gugel.

Dulu mula datang pergi kelas semua naik basikal,
Sekarang sorang ada sebijik motor.

Dulu mula datang lapar malam2 lepak warkop sedut kuku bima makan roti bakar,
Sekarang paling cikai lepak 7e minum cappuccino makan hotdog.

Dulu mula datang makan kat restoran Penang dah kira grand dah,
Sekarang tak pandang restoran dekat2, paling kurang nak Chilis, takpun Tony Romas.

Dulu mula datang baju uptown, seluar jeans cabuk, selipar jepun,
Sekarang baju Topman, seluar Levis, kasut Zara.

Dulu mula datang borak semua benda2 mengarut,
Sekarang semua borak pasal hospital, pasal pasien, pasal kahwin.

Dulu mula datang semua muka suci murni secerah mentari,
Sekarang semua muka educated, dah macam muka mak bapak orang.

Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun setengah rupanya kita belajar dan hidup di bumi Jakarta ni. Suka duka, hilai tawa, susah senang semua kita lalui bersama. Gamaliel, kelas English Mr Fred, kelas anatomi Husada, Exam dari sistem subjek sampai la ke sistem blok, Skill Lab, PBL dan Pleno, exam OSCE, Padas sampai la ke peringkat Koas kita dah tempuh. Bak kata filsuf Shahir, kita susah menghargai benda di depan mata, bila dia hilang baru terasa sedihnya. Muka kena macho, tapi di hati siapa yang tahu. Sebak rasanya bila memikirkan rakan2 yang kami anggap macam keluarga sendiri akan berpisah mencari haluan masing2. Tiada lagi stadi bersama bersila di pinggir tangga, menunggu exam yang tak kunjung tiba. Tiada lagi ke kantin ukrida makan mi ayam minum pop ice perisa kopi. Tiada lagi lepak warkop, main futsal, menonton bola dan beradu PES bersama sehingga ke subuh. Tiada lagi event2 batch, bakar sate sama2, rebus ketupat, goreng ayam, sehingga ke bancuh air.









Selalunya aku bubuh penerangan kat bawah setiap gambar, tapi kali ni aku biarkan 
gambar yang berkata-kata.

Bak kata pepatah orang2 Rembau, all good things must come to an end. Jadi sempena kepulangan rakan2 tersayang ke tanah air, kami disini menyusun lima jari memohon ampun dan maaf andai ada sebarang kesilapan mahupun terkasar bahasa. Tahniah kami ucapkan kepada rakan2 yang dah bergelar dr, semoga kalian pulang dan menjadi seorang dokter yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doakan kejayaan kami yang masih di sini. Biar jauh di mata, tapi di hati jangan. Andainya ada jodoh yang panjang, semoga kita bertemu lagi di lain waktu. May our path cross again someday. Biarpun kita dah berbadan dua, berdagu tiga mahupun berkahwin empat, harap tidak dilupakan semua memori2 indah kita disini.

Time change, people change but memory always remains.

Sekian.

*nangis*

12 November 2008

Selamanya, kini dan dulu~

amin~ (baru abis bce doa mayu)

itu die ceramah yang telah disampaikan oleh orang paling berpengalaman di rumah kecoakopro, mrnaufal yg sungguh menusuk kalbu sesiapa sahaja yang membacanye baik ortu,balita mahupun batita..

tanpa diketahui niat sebenar beliau mengepost, sama ada utk menginsafkan ahli2 umah yg lain atau menggalakkan lagi saling bahan membahan,penulis post 'profil mayu' mula terasa bahangnye..

beliau yg kini disamakan dgn penulis blog penuh kontroversi,raja petra mula menerima ancaman2 dari kelab peminat mayu dari setiap pelusuk dunia..antara ancaman2 yg diterima adalah:

1) ketika meminta permisi utk lalu, leley (bukan ikan keli ye) memberi cadangan agar ajk bahan2 blog kecoakopro meletak jawatan secara total setelah mmbce blog yg ditulis disertai dgn gelak yg penuh dgn kekejaman...
sumber : persidangan rumah kecoakopro

2) anak ibu (bukan nama sebenar) dengan penuh kejam lagi mencadangkan agar ajk bahan2 blog kecoakopro membunuh diri mggunakan stail samurai jepun secara terus agar tidak lagi dapat menimbulkan perbalahan di antara peminat2 blog kecaokopro..
sumber : persidangan kecoakopro gak

contoh2 tersebut telah memaksa ajk bahan2 kecoakopro.blogspot untuk mengambil inisiatif dan menggunakan falasi2 yg ada utk menimbangkan sama ada akan menyerahkan posisi penuh kontroversi itu kepada org lain..tetapi beliau merasa serba salah sama ada untuk meletakkan jawatan atau tidak...

apa kata anda?

hantarkan ON KECOA, jarak, dan diikuti YA sebagai tanda sokongan perletakkan jawatan atau TIDAK sebagai tanda tidak setuju dan hantarkan ke persidangan rumah kecoakopro..

*tertakluk kepada syarat2 dan peraturan..
*setiap msg dicaj 100rupiah
*keputusan akan diumumkan oleh mohdapai(pengerusi blog) pada waktu yg sesuai..


-majulah kecoakopro utk ukrida-

11 November 2008

sekapur sireh~

Saya sebagai naib pengerusi blog kecoakopro ini ingin membentangkan jawatankuasa blog atas arahan tuan pengerusi majlis yg akan berkuatkuasa mulai saat ini..dgn ini saya umumkan:

Pengerusi : mohdapai
Naib pengerusi dan AJK bahan2 : wahidi
AJK kejaksaan dan ke'poyo'an : syapik
AJK makanan dan OLAY diri sendiri : mayu aka chubby aka gagah aka gigih,hensem,kiut,hot...
AJK ke laut dan pantai dalam : shahir
AJK toilet : tocet

misi blog : menjatuhkan maruah ahli rumah dgn saling bahan membahan antara satu sama lain
visi blog : menjadi blog number satu dgn menewaskan blog drnaufalhensem yg kini mnjadi buah mulut wanita2 dan senior2 di ukrida dan seluruh warga jakarta barat..

dgn perlantikan ini diharap anda sumer dpt mnjalankan kerja dgn telus,bersih,cekap dan amanah serta tidak mengamalkan korupsi..

-bekerja dgn mayu bukan utk mayu-

10 November 2008

sokongan padu...

saya sebagai ahli rumah amat berbesar hati diberi kepercayaan untuk menge'post' dlm blog ini..asik mayu jer blogging dgn charger aku...sampai laptop aku yg padam..mana bley..anyway..hidup mayu yg chubby!!!

Seuntai Kata Untuk Dirasa~

Alhamdulillah, akhirnya dapat ditubuhkan sa-buah blog khas untuk rakyat sekalian meluahkan segala masalah dan pandangan selama menjalani kehidupan di bumi bertuah, Jakarta. Tujuan utama blog ini, bukanlah untuk menyediakan satu jalan penyelesaian untuk semua permasalahan rumah tetapi sebenarnya adalah untuk menyaingi blog drnaufal.blogspot yang kian berkembang maju dan menjadi buah mulut ramai wanita-wanita di UKRIDA, angkatan 2008 terutamanya. Idea asal ini muncul dari saya sendiri kerana untuk kesekian kalinya saya terdengar beberapa wanita berdiskusi tentang blog tersebut. Timbul perasaan cemburu yang meluap-luap dalam hati saya dan saya tahu saya perlu mengambil langkah drastik untuk mengelakkan semua wanita dibolot tuan punya blog itu. Saya sendiri akui, memang tidak kurang hebatnya blog itu, kerana hanya dengan tenaga buruh seorang pekerja sahaja dapat melakukan tugas-tugas yang menyamai tenaga empat orang hamba dewasa. Jadi, saya mengumpulkan beberapa orang pengikut lain untuk menyaingi blog tersebut. Selain itu, blog ini juga bertujuan untuk membahan setiap satu sama lain bagi mengeratkan hubungan sesama ahli rumah. Tujuan ini dapat dicapai dengan aktiviti mem'bahan' satu sama lain. Dengan ini, segala dendam dapat diluahkan dan dibalas tanpa berlakunya pertumpahan darah. akhir kata, saya menyeru kepada semua penulis yang telah diberi kuasa untuk menulis supaya menggunakan blog ini sepenuhnya untuk kepentingan sendiri.
sedikit peringatan dari pengerusi~
- JANGAN bahan aku sgt~
-aku delete je nti~
-haha~
-hidop mayu~