10 November 2008

Seuntai Kata Untuk Dirasa~

Alhamdulillah, akhirnya dapat ditubuhkan sa-buah blog khas untuk rakyat sekalian meluahkan segala masalah dan pandangan selama menjalani kehidupan di bumi bertuah, Jakarta. Tujuan utama blog ini, bukanlah untuk menyediakan satu jalan penyelesaian untuk semua permasalahan rumah tetapi sebenarnya adalah untuk menyaingi blog drnaufal.blogspot yang kian berkembang maju dan menjadi buah mulut ramai wanita-wanita di UKRIDA, angkatan 2008 terutamanya. Idea asal ini muncul dari saya sendiri kerana untuk kesekian kalinya saya terdengar beberapa wanita berdiskusi tentang blog tersebut. Timbul perasaan cemburu yang meluap-luap dalam hati saya dan saya tahu saya perlu mengambil langkah drastik untuk mengelakkan semua wanita dibolot tuan punya blog itu. Saya sendiri akui, memang tidak kurang hebatnya blog itu, kerana hanya dengan tenaga buruh seorang pekerja sahaja dapat melakukan tugas-tugas yang menyamai tenaga empat orang hamba dewasa. Jadi, saya mengumpulkan beberapa orang pengikut lain untuk menyaingi blog tersebut. Selain itu, blog ini juga bertujuan untuk membahan setiap satu sama lain bagi mengeratkan hubungan sesama ahli rumah. Tujuan ini dapat dicapai dengan aktiviti mem'bahan' satu sama lain. Dengan ini, segala dendam dapat diluahkan dan dibalas tanpa berlakunya pertumpahan darah. akhir kata, saya menyeru kepada semua penulis yang telah diberi kuasa untuk menulis supaya menggunakan blog ini sepenuhnya untuk kepentingan sendiri.
sedikit peringatan dari pengerusi~
- JANGAN bahan aku sgt~
-aku delete je nti~
-haha~
-hidop mayu~

No comments: