Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

03 June 2018

LG Scarlet


TV LG Scarlet yang seksi

TV LG Scarlet. 32 inci. Keluaran terkini tahun 2008. Bentuk badan yang seksi, ditambah dengan gabungan warna merah hati dan hitam manis membuatkan tv ini kelihatan begitu menawan. Cara menghidupkan tv yang unik dengan hanya meletakkan jari di tengah bulatan sehingga cahaya neon merah bertukar menjadi putih sudah cukup untuk membuatkan aku ternganga kagum.


Rak tv takde takpe boleh letak tv kat bawah. Sofa takde takpe boleh duduk kat lantai. Katil takde takpe boleh beli toto. Almari takde takpe boleh susun baju dalam bakul. Tapi yang penting tv kena besar.


Memandangkan tv flat screen yang masih belum popular ketika itu, rumah kecoakopro sentiasa menjadi tumpuan rakan2 dari seantero Tanjung Duren Selatan. Dari menonton filem hantu, bermain PS2 sehinggalah ke perlawanan final Champions League. Scarlet setia menemani kami tatkala kebosanan, susah senang dan sentiasa menjadi kebanggaan ahli2 kecoakopro tanpa mengenal erti penat lelah.



Tapi...


Sampai sekarang lepas 10 tahun berlalu, bila aku fikir2 balik, macam mana enam2 manusia semua boleh sepakat setuju beli tv ni tanpa sebarang bantahan? Padahal baru pindah rumah kosong yang takde perabot langsung. Siap sekali pakej Play Station dengan DVD player pulak tu. Bincang on the spot je depan kedai elektrik kat Mangga Dua terus semua on bagi duit sama rata. Tak sampai 10 minit pun bincang aku rasa. Dengan gaji seorang doktor sekarang ni pun aku yakin aku akan fikir berbelas-belas kali nak beli TV power macam ni. Apatah lagi sekali jalan dengan Play Station. Serius aku musykil dengan isi kandungan otak kitorang 10 tahun yang lalu.

Memetik kata Bro Akmal bila pertama kali datang rumah kitorang nak kenal junior2 baru,

 “MasyaAllah, dalam banyak2 benda, benda ni yang korang beli dulu? Buku mana buku?”



dan kini setelah 10 tahun, misteri kandungan otak kitorang masih lagi belum terungkai.





p/s : Tapi serius, tv lagi penting sebenarnya dari buku. Percayalah cakap aku.

19 October 2016

Poster

Kehadapan rakan2 yang aku cintai, walaupun sudah 8 tahun berlalu, perasaan bersalah tu tak pernah hilang dari lubuk hati yang terdalam. Semakin aku cuba melupakan, semakin kuat perasaan bersalah tu aku rasakan. Aku harap dengan detik2 yang berlalu pergi, dapatlah kiranya memori ini perlahan lahan terhakis, berlalu pergi seiring dengan masa. Tapi jangkaan aku salah.



Dengan ini aku ingin memohon maaf atas kegagalan gambar ni. Aku tau korang nak pose feeling2 gambar poster band rock kapak. Muka serius macam tengah fikir masa depan. Tapi aku tak sengaja senyum. Entah apa perkara lawak yang aku nampak tapi betul, aku tak sengaja. Tiada niat di dalam hati nak spoilkan gambar ni. Serius.



P/s : Aku harap satu hari nanti aku sempat recreate pose ni walaupun part perut tu dah tak boleh nak recreate dah.

14 September 2015

7 tahun dah rupanya.


Semuanya rasa macam baru semalam. Wajah2 asing kat KLIA. Sorang rambut afro. Sorang muka macam cina. Sorang tinggi tak cukup. Sorang badan sekeping. Sorang muka tua badan chubby2. Sorang lagi muka jawa rambut sepah. Tak sangka semua tu 7 tahun yang lepas.

Apa apapun selamat ulangtahun ke 7 kecoakopro! Walaupun blog ni hidup segan mati tak mahu, korang jangan risau. Persahabatan kami tetap utuh seutuh cinta Jack dengan Rose dalam cerita Titanic.

Tidak dilupakan juga kepada teman2 ukrida yang lain.

Sori lambat wish.

Housemanship bizi nak mampus. Kitorang semua macam mayat hidup dah ni.




p/s : Aku ingat nak balik jakarta jap makan Hanamasa, Habis makan aku balik KL balik.

29 July 2015

Kurus


Rasa nak menangis aku tengok kekurusan semua orang dalam gambar ni. Tocet paling obvious sekali dia punya kurus. Sekarang aku rasa BMI dia still lebih 30 walaupun training gym dengan abam Rambo tiap minggu. Aku bajet pinggang seluar semua orang masa ni konfem tak lebih 30. Konfem.

Lima2 kemeja ni mesti semua dah tak boleh pakai. Bukan sebab lusuh ke hilang ke, tapi butang tercabut sebab nak tahan perut masing2. Butang pun givap.



p/s : Masa ni la aku tau aboh orang KL rupanya. Aku ingat orang Sungai Buloh.

17 November 2014

In My Life


There are places I'll remember
All my life, though some have changed
Some forever, not for better
Some have gone and some remain
All these places have their moments
With lovers and friends I still can recall
Some are dead and some are living
In my life, I've loved them all

But of all these friends and lovers
There is no one compares with you
And these memories lose their meaning
When I think of love as something new

Though I know I'll never lose affection
For people and things that went before
I know I'll often stop and think about them
In my life, I love you more

Though I know I'll never lose affection
For people and things that went before
I know I'll often stop and think about them
In my life, I love you more


In my life -- I love you more


The Beatles, Rubber Soul
(1965)

22 July 2014

The Fault in our Cooking

Aku selalu dengar budak2 perempuan cakap, lelaki yang power masak ni seksi. Diorang kata tak hensem pun takpe asalkan pandai masak.

“Ala masak simple2 pun ok la, asalkan buleh buat makan”, tambah mereka lagi.

Rahsia ni sebenarnya dah lama aku simpan. Hari ni aku ingat nak bagitau kat wanita2 di luar sana bahawa yang sebenarnya, ahli2 kecoakopro ni bukan setakat hensem, malah semuanya pandai masak. Setakat masak megi campur telur, masak lemak cili api, ayam masak merah, semua kat celah jari kitorang je. Tapi part pergi pasar tu fail sikit. Aku pun ragu2 diorang ni dapat bezakan ke tak kunyit dengan halia. Ikan pun yang diorang konfem tau ikan bilis je.

Tapi tujuan post aku kali ni bukan la nak riak dengan masakan2 kitorang yang sedap dan gerenti bakal menambat selera bakal mertua. Tetapi post ini diwujudkan hanyalah untuk menyenaraikan masakan2 yang paling gagal pernah berlaku sejak penubuhan kecoakopro. Sedangkan Chef Wan pun pernah masak tak sedap, apatah lagi kitorang yang belajar medic ni.


1. Teh Tarik Special

Persis warna teh tarik kitorang

Kepala chef : Mayu
Rasa : Tawaq nak mampuih
Warna : Cokelat cokelat cair
Punca kegagalan : Belum pernah lagi dalam sejarah tamadun melayu orang buat teh tarik pakai teh uncang. Dah tu dengan yakinnya beliau buat satu jag penuh.
Efek : Sorang minum seteguk je. Diorang kata baik minum air kosong lagi ada feel. Haus pun hilang.


2. Roti Canai

Liat roti canai kitorang kalah sikit je dengan liatnya sepasang selipar getah

Kepala chef : Wahidi
Rasa : Hambar macam lawak2 syapik.
Tekstur : Liat macam kejut saer bangun pagi.
Warna : Ada la rupa2 roti canai sikit
Punca kegagalan : Entah resipi gugel mana dia jumpa. Dengan yakin je nak try. Ingat rakan2, jangan terlalu percaya dengan sesuatu yang kita gugel.
Efek : Rahang lenguh.


3. Ayam Masak Madu

Camni la rupa dia sedikit sebanyak. Nampak smart kan?

Kepala chef : Mayu
Rasa : Okey je, tapi bila kuah dia sampai ke anak tekak, bad things happen.
Warna : Hitam-hitam oren
Punca kegagalan : Semua benda yang campur madu selalunya jadi lagi sedap. Dengan berpegang kepada kata2 hikmat ini, mayu memasak juadah berbuka kami.
Efek : Tocet tidak dapat mengawal refleks salivasi selama setengah jam. Pandangan kosong. Air hidung mengalir tanpa disedari. Flashback masa lalu terlintas di fikiran.


4. Tomyam

Perfecto!

Kepala chef : Seisi rumah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Rasa : Sepahit hempedu. Paling jauh kuah dia boleh pergi sampai pangkal lidah. Efek menyembur akan diaktifkan apabila kuah sampai ke anak tekak. 
Warna : Perfecto, bau mantap. Umpama kami adalah anak jati Thailand.
Punca kegagalan : Sampai sekarang mak aku dengar dia gelak. Dipetik dari kata2 beliau, tak pernah dibuat dek orang perah limau nipis sekali dengan bijik2 dia campak masuk ke dalam. Apatah lagi sekali dengan kulit limau.
Efek : Sampai sekarang bila terbayang, dahi berkerut secara automatis.





p/s : Kita lagi banyak belajar dari kegagalan jika dibandingkan dengan kejayaan. Kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda.

30 March 2014

Team Bola Sepak Paling Power

Ada yang kata team Arsenal time zaman invisible dulu team paling hebat yang pernah dilihat umat manusia.

Ada pulak yang kata team Barca masa zaman Guardiola dulu paling hebat.

Ada jugak yang suggest Bayern Munich. Diorang kata punyalah hebat sampai Barca pun boleh kena kitai semi final Champions League tahun lepas.

Yang semangat patriotik tinggi pulak cakap team Malaysia masa menang Piala AFF dulu team paling power yang pernah dilihat sepanjang hidup diorang.

Tapi bagi aku, hanya satu team yang paling hebat, paling mantap, paling power yang masih bertakhta di hati aku sehingga kini.

Dengan ini terimalah,

Kecoakopro FC (Season 08/09)

GOALKEEPER - Gianluigi 'Mayu' Buffon
Sikapnya yang tenang dan skill basketballnya yang hebat menjadikannya seorang keeper yang unik. Tidak pernah gentar dengan rembatan lawan sehingga terlihat beberapa kali sengaja memberi bola kepada striker lawan untuk dirembat. Kini sudah tidak aktif bermain sebagai goalkeeper dan lebih sering beraksi sebagai striker kerana katanya jiwanya lebih serasi dengan posisi sebagai seorang goalmachine.

DEFENDER - Sergio 'Apit' Ramos
Hensem. Pernah direkrut oleh agensi model untuk menjadi model kepada beberapa jenama ternama. Sering dianggap sebagai David Beckham Kecoakopro FC. Skill dribblenya yang unpredictable sering membuat lawan tertipu seperti di dalam game Fifa Street. Tetapi badannya yang kurus keping menyebabkan pihak musuh memilih untuk bermain kasar sehingga pernah sekali dilanggar sehingga melayang keluar padang. Kini sudah bersara dan akan mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta.

DEFENDER - Laurent 'Wahidi' Koscielny
Refleksnya yang sedikit pantas membolehkannya membaca pergerakan striker lawan dengan baik. Suka melakukan bentesan keras dan pelanggaran walaupun mengorbankan kaki sendiri. Walaupun kaki kanan beliau pantas dan cekap, kaki kirinya langsung tiada guna. Kini stamina dan refleksnya sudah jauh berkurang dan hanya mampu bermain untuk 5 minit sebelum keluar padang kehausan meminta air.

MIDFIELDER - Saerji Kagawa
Berwajah mirip Kagawa, penuh dengan skill yang dipelajarinya setiap malam di Youtube. Kakinya yang pantas dan mengelirukan membuatkan dia menjadi nightmare bagi pihak lawan. Pernah membelot team Kecoakopro FC  dengan join team yang lebih senior demi sebuah pingat. Kini masih lagi bermain futsal, tetapi hanya apabila dijemput kerana beliau lebih selesa bermain Dota atau bergelak tawa menonton Running Man di rumah.

STRIKER - Wayne 'Tocet' Rooney
Rembatan yang padu dan badannya yang kecil menyukarkan defender lawan mengawal beliau. Walaupun kadang2 rembatannya sering menyebabkan bola masuk ke rumah jiran sebelah, tetapi jika mengena, kekuatan rembatannya dapat mengoyakkan jaring gol. Walaupun begitu, beliau sering dilanda kecederaan, dari ibu jari kaki sehingga ke bahagian apendiks. Kini beliau hanya duduk di rumah mengumpul lemak dan kadang2 dapat dilihat di stadium menyokong JDT.

SUBSTITUTE - Didier 'Pejo' Drogba
Lariannya lurus mengikut landasan tidak kira apapun halangan dan aral yang melintang. Melanggar setiap orang dengan kelajuan penuh sebelum merembat tonjol sekuat hati walaupun gol terbentang didepan mata. Sering digunakan sebagai supersub untuk memusnahkan team lawan. Kini sedang sibuk setelah selesai penggambaran Man of Steel. 'Aku tak reti doww main bola', ayat yang sering diberikan setiap kali diajak bermain futsal.

MANAGER - Arsenepai Wenger
Taktik dan strateginya yang sering out of the box menjadikannya seorang manager yang berwibawa dan dikagumi ramai. Menjadikan Rajagopal sebagai idola, pilihan2 strateginya sering membuahkan kemenangan kepada Kecoakopro FC. Kini sudah tidak lagi menjadi manager kerana beliau mendapati menjadi seorang pembaiki komputer adalah lebih best berbanding menguruskan sebuah team bola.



Sekian team yang paling hebat pernah aku jumpa. Walaupun hanya tinggal sejarah, kehebatan mereka masih lagi segar di ingatan. Team lain ibarat semut je kalau jumpa team ni. 


Akhir kata, kalau ada futsal mohon ajak kitorang.

22 December 2013

The End of an Era

Dulu mula datang bukak internet check testi kat friendster,
Sekarang bukak internet check komen kat facebook, tweet kat twitter, friendster pun dah pupus.

Dulu mula datang chatting pakai yahoo messenger,
Sekarang laptop dah letak tepi, chatting pakai whatsapp takpun line.

Dulu mula datang handphone semua pakai Nokia, nampak Sony Ericsson tu dah kira power habis,
Sekarang blackberry pun dah tak pandang, paling kurang Samsung S4 mahupun Iphone 5.

Dulu mula datang dalam beg buku nota, nak stadi bukak buku,
Sekarang dalam beg ipad sebijik, nak stadi bukak gugel.

Dulu mula datang pergi kelas semua naik basikal,
Sekarang sorang ada sebijik motor.

Dulu mula datang lapar malam2 lepak warkop sedut kuku bima makan roti bakar,
Sekarang paling cikai lepak 7e minum cappuccino makan hotdog.

Dulu mula datang makan kat restoran Penang dah kira grand dah,
Sekarang tak pandang restoran dekat2, paling kurang nak Chilis, takpun Tony Romas.

Dulu mula datang baju uptown, seluar jeans cabuk, selipar jepun,
Sekarang baju Topman, seluar Levis, kasut Zara.

Dulu mula datang borak semua benda2 mengarut,
Sekarang semua borak pasal hospital, pasal pasien, pasal kahwin.

Dulu mula datang semua muka suci murni secerah mentari,
Sekarang semua muka educated, dah macam muka mak bapak orang.

Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun setengah rupanya kita belajar dan hidup di bumi Jakarta ni. Suka duka, hilai tawa, susah senang semua kita lalui bersama. Gamaliel, kelas English Mr Fred, kelas anatomi Husada, Exam dari sistem subjek sampai la ke sistem blok, Skill Lab, PBL dan Pleno, exam OSCE, Padas sampai la ke peringkat Koas kita dah tempuh. Bak kata filsuf Shahir, kita susah menghargai benda di depan mata, bila dia hilang baru terasa sedihnya. Muka kena macho, tapi di hati siapa yang tahu. Sebak rasanya bila memikirkan rakan2 yang kami anggap macam keluarga sendiri akan berpisah mencari haluan masing2. Tiada lagi stadi bersama bersila di pinggir tangga, menunggu exam yang tak kunjung tiba. Tiada lagi ke kantin ukrida makan mi ayam minum pop ice perisa kopi. Tiada lagi lepak warkop, main futsal, menonton bola dan beradu PES bersama sehingga ke subuh. Tiada lagi event2 batch, bakar sate sama2, rebus ketupat, goreng ayam, sehingga ke bancuh air.









Selalunya aku bubuh penerangan kat bawah setiap gambar, tapi kali ni aku biarkan 
gambar yang berkata-kata.

Bak kata pepatah orang2 Rembau, all good things must come to an end. Jadi sempena kepulangan rakan2 tersayang ke tanah air, kami disini menyusun lima jari memohon ampun dan maaf andai ada sebarang kesilapan mahupun terkasar bahasa. Tahniah kami ucapkan kepada rakan2 yang dah bergelar dr, semoga kalian pulang dan menjadi seorang dokter yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doakan kejayaan kami yang masih di sini. Biar jauh di mata, tapi di hati jangan. Andainya ada jodoh yang panjang, semoga kita bertemu lagi di lain waktu. May our path cross again someday. Biarpun kita dah berbadan dua, berdagu tiga mahupun berkahwin empat, harap tidak dilupakan semua memori2 indah kita disini.

Time change, people change but memory always remains.

Sekian.

*nangis*

21 October 2012

Dari Album Kecoakopro #2

Sempena besday salah satu dari pengasas blog kecoakopro yang jatuh pada hari ini, aku sebagai member rasa terpanggil untuk membuat satu post khas untuk beliau. Disebabkan beliau dah lama pindah dari rumah kitorang, jadi aku pikir baik aku sambung je post gambar2 sentimental macam dalam post lepas, tapi semua aku kasi ada muka dia. Aku malu nak cakap, tapi sebenarnya jauh di lubuk hati budak2 rumah ni, aku tau diorang semua rindu kat beliau sejak beliau memutuskan untuk berpindah dari rumah kecoakopro sebab nak stadi dengan serius. Sejak beliau pergi, tiada lagi hilai tawa, sumpah seranah serta cheese cake buatan beliau dalam peti ais. Yang tinggal hanyalah bekas cake, pemukul telur serta mixer yang beliau tinggalkan kat atas kabinet dapur.

 Sambungan dari gambar terakhir post lepas, gambar ni diambil beberapa minit je lepas tu. Ceria habis muka semua orang aku tengok. Baru blok 1 buleh la. Cuba try blok 12, nak pegi pun malas aku rasa. Apetah lagi blok 29.

 
Aku speechless. Taktau nak komen apa kat gambar ni. Tocet, dengan ketinggian paling kurang, melompat paling tinggi. Apai pulak kagum dengan kehebatan Tocet melawan graviti. 

 
Ni baru habis selebret besday kat Pizza Hut. Orang dah takde buleh la nak amik gambar kat cermin eskalator. Jika diperhatikan betul2, masa ni semua selekeh habis. Rambut semua tak sikat aku rasa. Muka semua suci. Yang penting aboh still chubby and huggable.

 Ni first time kitorang gi TA aka Mall Taman Anggrek. Memang besar mall ni. Mula2 datang memang kagum gak la. Tapi sekarang tak dah. Mall ni dah macam tandas kitorang je. Aku rasa aku lagi banyak gi mall ni dari gi kuliah kat ukrida. Haha. Jadi kalau rasa nanti sakit nak cari doktor, jauhilah muka2 di atas.

Ni baru sampai ukrida, penat kayuh basikal 20 minit, sampai2 ukrida tak bukak lagi. Melepak la mereka kat tangga tepi ukrida dengan penuh kehampaan. Niat kitorang suci, datang kelas awal, nak belajar betul2 supaya satu hari nanti dapat jadi doktor yang berguna. Tapi semua ni masa first sem la.

Ni gambar besday boy paling romantis yang aku jumpa. Di bawah sinaran lampu, di beranda rumah kesayangan, kitorang makan semangkuk megi sambil berborak tentang masa depan. Nampak je dalam gambar tu macam kitorang fokus dengan megi, tapi serius kitorang borak panjang. Percayalah.




Sekian untuk hari ini. Makin banyak gambar aku post, makin banyak pulak gambar baru aku jumpa dalam laptop aku ni. Misteri betul.

26 September 2012

Dari Album Kecoakopro #1

Oleh sebab tengah2 malam camni aku masih gagal untuk tidur, aku akan tengok siling rumah sampai bosan dengan harapan akan timbul rasa ngantuk. Sedar tak sedar fikiran aku akan jauh menerawang melepasi angkasa raya, menembusi siling rumah tercinta. Tapi sejauh mana pun aku berfikir, tak pernah pulak aku jumpa idea bernas yang memungkinkan aku untuk memenangi anugerah Nobel. The meaning of life pun tak pernah jumpa. Oleh kerana aku diciptakan sebagai seorang yang sentimental, last2 mesti aku akan teringat benda2 lalu, kenangan2 silam dan yang sewaktu dengannya. Sebab tu la aku buat post ni. Alang2 tak boleh tidur, biar terus semayang subuh. Tak sangka banyak jugak gambar lama kat laptop buruk kesayangan aku ni.

Sambutan malam merdeka 2008. Konon semangat patriotik tinggi pegi selebret merdeka atas bumbung rumah kepa duri. Baru seminggu sampai Indon dah melalak nyanyi lagu Negaraku atas bumbung rumah orang. Nasib baik takde orang lempar batu.

  
Yang ni nak pegi selebret merdeka kat kedubes aku rasa ni. Bukan pegi direct selling mahupun mesyuarat kat ofis. Muka semua suci murni, secerah mentari.

  
Aboh yang masih chubby. Siap share dengar mp3 lagi tu Aboh dengan Tocet. Sweet betul diorang ni. Sekarang jangan harap nak share2 macam ni dah. Haha.

  
Aku rasa ni kat kopro. Beli karpet dengan tilam untuk rumah baru. Sorang pun takde yang dah mandi aku rasa. Yang baju hijau tu datang beli karpet dengan kitorang, bukan penjual karpet. Harap jangan salah faham.

  
Majlis berbuka puasa kat buffet CL 2008. Kira macam majlis pertama kitorang gak la kat Jakarta ni. Apesal bergambar dengan Bro Nash aku pun taktau. Sekarang buffet kat CL ni pun dah takde. Dah bangkrap kot. Dah transform jadi kedai letrik.



Menarik jugak sentimental2 ni. Sekian untuk malam ni. Nanti bosan aku sambung lagi.