Showing posts with label macho. Show all posts
Showing posts with label macho. Show all posts

19 October 2016

Poster

Kehadapan rakan2 yang aku cintai, walaupun sudah 8 tahun berlalu, perasaan bersalah tu tak pernah hilang dari lubuk hati yang terdalam. Semakin aku cuba melupakan, semakin kuat perasaan bersalah tu aku rasakan. Aku harap dengan detik2 yang berlalu pergi, dapatlah kiranya memori ini perlahan lahan terhakis, berlalu pergi seiring dengan masa. Tapi jangkaan aku salah.



Dengan ini aku ingin memohon maaf atas kegagalan gambar ni. Aku tau korang nak pose feeling2 gambar poster band rock kapak. Muka serius macam tengah fikir masa depan. Tapi aku tak sengaja senyum. Entah apa perkara lawak yang aku nampak tapi betul, aku tak sengaja. Tiada niat di dalam hati nak spoilkan gambar ni. Serius.



P/s : Aku harap satu hari nanti aku sempat recreate pose ni walaupun part perut tu dah tak boleh nak recreate dah.

29 July 2015

Kurus


Rasa nak menangis aku tengok kekurusan semua orang dalam gambar ni. Tocet paling obvious sekali dia punya kurus. Sekarang aku rasa BMI dia still lebih 30 walaupun training gym dengan abam Rambo tiap minggu. Aku bajet pinggang seluar semua orang masa ni konfem tak lebih 30. Konfem.

Lima2 kemeja ni mesti semua dah tak boleh pakai. Bukan sebab lusuh ke hilang ke, tapi butang tercabut sebab nak tahan perut masing2. Butang pun givap.



p/s : Masa ni la aku tau aboh orang KL rupanya. Aku ingat orang Sungai Buloh.

07 May 2015

Matang

Ramai orang berpendapat dalam satu2 keluarga tu, seorang ayah mesti kelihatan paling matang. Diikuti anak sulung, anak kedua dan seterusnya. Kepada yang dah kenal budak2 Kecoakopro sekian lama, mesti diorang cakap dalam enam2 orang tu, Aboh yang kelihatan paling matang. Bersifat kebapaan, penyayang dan bertimbang rasa walaupun hakikatnya tidak sebegitu. Diikuti Apai yang berjambang seperti Wolverine dan Syapik yang sentiasa macho dan bergaya. Yang lagi tiga orang memang umum mengetahui perangai mereka yang tak begitu matang.

Tetapi,

Anda yakin?

Cuba lihat betul2 gambar dibawah.





Wahidi dengan Saer yang kelihatan paling matang sebenarnya. Dengar cerita diorang berdua memang tak suka bergaul dengan budak2 kurang matang ni, takut menjejaskan kredibiliti dan durabiliti pemikiran diorang. Patut la diorang duduk satu bilik.

Aboh dengan Apai nampak matang? Boleh la. Tapi takde la matang sangat sebenarnya. Biasa2 je.
Kalau compare dengan Wahidi dan Saer, diorang masih kurang.

Syapik memang nampak muda sebab dia hensem. Kenyataan ini tak mungkin dapat disangkal lagi. Rasanya aku dah ulang ayat ni dari mula blog Kecoakopro ditubuhkan lagi. Walaupun dah 7 tahun berlalu, wajah beliau tetap kelihatan muda seperti Dorian Gray.

Part Tocet tu aku rasa Howold.net ni silap. Orang lain semua diukur ikut tingkat kematangan wajah, Tocet je dia ukur pakai tinggi. Nanti aku try ulang balik pakai gambar lain.




p/s : Rindu gila zaman stadi. Siriyesly. 

20 January 2012

Sikat Lejeng



1. Dua ahli kecoakopro didapati share sikat ni. Identiti dirahsiakan sebab kitorang baru belajar pasal etika kedokteran. Maruah mereka harus dijaga.

2. Pemegang sikat dah lama dah patah. Tak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku dan apakah punca sikat tersebut patah.

3. Gigi2 sikat pulak patah dengan kadar yang konsisten, kira2 satu gigi per bulan.

4. Walaupun pakai sikat yang cacat paras fizikalnya, kedua-dua pemilik sikat kekal hensem setiap kali ke kelas.

5. Dipercayai semakin kurang gigi sikat, semakin hensem tuan empunya sikat.

6. Apabila diajukan pertanyaan "kenapa korang tak nak beli sikat baru?", kedua dua nya diam seribu bahasa.

7. Memegang rekod sikat paling buruk dan gigi sikat paling kurang yang masih lagi digunakan di dunia.




p/s : Lejeng tu legend. Lagenda. Cara sebutan adalah hak masing2. sebut je mane dgr sedap.

23 June 2011

Reunion itu indah

Bertempat di hotel nikko, kotaraya jakarta yang penuh habuk dan asap, pulau jawa, indonesia diadakan malam kami anak malaysia khas utk anak2 malaysia yg sedang blaja kat jakarta.

diner ni bertemakan masquarade (btol ke aku eja nih?), tapi kitorg sume dtg dgn niat yg satu iaitu utk mkn je.dgn usha awek dressing lawa2.hahah.sbb tu kitorg x ikot tema pon.naseb bek buleh gak masok.kalo x sia2 je kitorg pakai hensem2.

diner ni sbnrnye khas utk anak2 malaysia je, tapi saer yg berasal dari korea utara dan apai yg berasal dari bahagian utara india dibenarkan masuk sbb diorg rapat dgn pelajar2 lain yg mmg dilahirkan dan asli made in malaysia.

reunion ni x sgaje pon sbnrnye.igtkan nak amik gmba 4 org je tapi lagi 2 org dtg sibuk.tapi ape de hal.inilah yg dinamakan unplanned reunion.kita kan hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.haha.

gambar yg terhasil :

dari kiri : rajnikanth, tocet ezzawina oshihiro, didier drogbah, david silva, ahmad wahidi, park ji sung.