Showing posts with label fantasy football. Show all posts
Showing posts with label fantasy football. Show all posts

28 July 2013

Piala paling berprestij abad ini.




Di sini kami, AJK perkara2 lagho Kecoakopro Corp akan menjawab 13 soalan yang sering diutarakan rakan2 yang berniat untuk join Piala Dato’ Naufal. Diharap di bawah ini kami menjawab soalan2 anda tetapi jika anda masih belum berpuas hati, sila tinggalkan soalan di ruangan komen.


Apemende fantasy football ni? Fesbuk aku tau la.
Fantasy football ni lebih kurang macam jadi manager team la. Kot ade feeling2 nak jadi Jose Mourinho ke Alex Ferguson buleh la kalau nak cuba nasib.


Aku tak reti dow nak main. Cuba ajar sikit. 
Masuk http://fantasy.premierleague.com/. Taruk nama team, pilih 15 pemain dalam bajet 100k lepas tu masuk Piala Dato’ Naufal. Setel.


Aku dah koas dow sekarang. Nokharom bizi dia. Aku nak berak pun tak sempat.
Transfer player 5 minit pon dah cukup. Sekali seminggu. Tengah bosan2 stadi tu berenti la jap gi transfer player. Dengar cite sekarang dah ada app kat android kalau nak transfer2 player dengan kadar segera. Ala tengok gossip girl dengan vampire diaries berseason-season sempat je (ayat last ni ditujukan kepada saudara syapik zamasry).


Aboh join ke league ni? Konfem la die menang.
Takde walkthrough atau cheat code dalam game ni. Jangan risau. Kalau aboh menang tu maknanya dia menang dengan kudrat beliau sendiri.


Kalau aku nak letak semua pemain Chelsea buleh tak? Chelsea kan power.
Tiga je maksimum satu team. Ala Chelsea bukannya power sangat pun sebenarnya. Move on la, gi pilih team lain. Southampton dengar cite season ni power.


Ni camne nak kira markah dia?
Skor, assist, clean sheet sume dapat markah. Nanti pandai2 la kira sendiri.


Ah bosan la. Bukan dapat hadiah pun kalau menang.
Menang tu tak penting sebenarnya. Kalah menang adat pertandingan. Yang penting ukhwah yang terjalin antara kita semua.


Hari ni baru 28 Julai. EPL start 17 Ogos. Lek lu sapkok lu. Lama lagi nak start league pon.
Buat je team dulu. Selagi season tak start korang buleh transfer suka hati korang la banyak mana nak. Takde tolak2 markah.


Saya junior ukrida batch 2011. Perempuan lak tu. Nak join buleh?
Takde hal. Kitorang tak seksis, rasis dan suka makan sosis.


Aku kaki bangku. Sepak bola pun kasut aku yang pergi. Player yang aku kenal pun David Beckham je.
Manager yang hebat selalunya memang tak power sangat main bola. Suam-suam susu je. Yang penting taktik dan strategi dari otak yang power.


Aku takde idea la nak taruk nama team dengan nama manager ni. Aku rasa tak catchy.
Kami pengurus piala Dato’ Naufal mengesyorkan anda taruk nama sendiri jadi nama manager. Baru la senang kan kalau nak berkenalan ke apa. Nama team pulak taruk la nama paling catchy yang otak korang buleh pikir. Lepas tu tambah la FC ke United ke Wanderers ke kat belakang. Habis cite. Jangan taruk nama team ‘chelsea fc’ dah la. Hambar sangat tu.


Dah habis buat team ni camne nak masuk Piala Dato’ Naufal?
Pegi kat league, masukkan nombor ni :

284692-155148


Apesal nama league ni Piala Dato’ Naufal? Hambar betul.
Beliau adalah living legend, manager terhebat dekad ini. Otak penuh dengan strategi dan taktik yang ‘out of the box’. Siapa komplen berhak kena pukul.



Yang menjalankan tugas,
AJK perkara2 lagho kecoakopro Corp.

23 May 2012

Apesal Team Lunyai Power Sangat?


Jauh betul beza point number 1 dgn number 2 tuh. Memang hebat johan kali ni, tak macam johan season lepas, beza sikit2 je. Memang patut la Team Lunyai dapat johan season ni.

Buat team yang baru 'debut' season ni, Guntang FC memang mantap. Kami yakin season akan datang team ini dapat memberi saingan yang lebih sengit dalam perebutan Piala Dato' Naufal yang penuh prestij ini.

PutoTyrano FC, team yang penuh konsisten setiap season. Dua season berturut turut dalam Top 5, bukan calang-calang team buleh wat camtu. Tahniah Pok Ta. Cuba lagi season depan.

Tahniah juga kami ucapkan kepada saudara Ahmad Bob KP yang berjaya memperoleh slot ke Champions League season depan setelah berusaha keras sepanjang season utk mndapat tempat ke 4.

Menunjukkan peningkatan yang mendadak dari season lepas, saudara Tocet berjaya membuktikan kepada rakan2 bahawa beliau takde la noob sangat dengan mendapat tempat ke 6. Ok la tu kan dari takde dalam gambar pun season lepas.

Johan season lepas, Abah All-Star pula mengalami prestasi yang merudum season ni, dengan mendapat tempat ke 11. Punca prestasi teruk masih lagi dalam siasatan. Seperti kelab kesayangan beliau, Chelsea FC yang suka memecat manager setiap tahun, kami mahukan beliau memecat diri sendiri.

Kekal noob dan selamanya noob, Saer yang team dia tak masuk pun dalam gambar. Punya la sampah team beliau. Nama team pon kitorang dah lupa.




p/s : Konfem aku kena beli hadiah untuk diri sendiri ni. Mintak kat Dato' Naufal konfem dia tak bagi punya sebab team dia dapat number 11 je.

01 August 2011

Piala Dato' Naufal 2011/2012

adakah anda rase menyampah tatkala tgk muka mamat ni?

korg rase nak lempang je sedas?

x puas hati tgk mamat ni dpt byk awek sedangkan korg lagi hensem?

adakah korg yakin korg lagi awesome, hebat dan macho dari mamat ni?

_____________________________________________________________________________

jika ya, mesti korang la yang kalah piala dato' naufal season lepas.x pon mamat ni la yg rampas awek korang yang dulu.

oleh sebab itu,anda wajib join piala dato' naufal 2011/2012 sbb mamat ni adalah juara bagi season yang lpas!

cara2nya mudah je :

1)Daftar masuk ke www.fantasy.premierleague.com

2)sign up, isi sket mende2 ntah yang die nak tu.kalo ade agree or not, xyah bace trus agree.

3)penuhkanlah line up korg dgn player feberet korg mcm :

david silva (man city)

park ji sung (man united)

dan jgn lupa pilih kapten team korg.

4)daftar masok piala dato' naufal 2011/2012 dgn menaip nombor kod berikut :

71402-26490

5)usha epl tiap mggu hanya di indovision, bukan yang lain.

6)bila dah abes sume match, anda buleh lihat kesampahan team anda dan betapa x berbakatnya anda untuk menjadi manager yg berjaya seperti 'naufal villas-boas'.

kacang je kan?

cepat daftar sebelom 13 ogos sbb season dah nak start.hadiah utk pemenang x konfem lagik sbb duit dato' naufal dah abes buat bayar short sem.






p/s : terbuka kepada semua yang terbaca mendalah ni.kot2 la trnampak gmbar kat atas trus rase korg lagi hensem ke kan.

03 July 2011

and the champion is...

Umum mengetahui bahawa piala dato' naufal season 2010/2011 baru je melabuhkan tirainya.disertai 24 manager yg bajet power dari seluruh pelusuk dunia, season ini menunjukkan persaingan yg sgt hebat brbanding season2 yang lpas di mana pada season2 lpas, xde prsaingan langsung yg ditunjukkan sbb ade brape je pun team yg join.

setelah dipersetujui sblom liga ni start, hadiah tempat pertama adalah spt berikut :

1)dating dgn miss S pada malam besday.tempat dirahsiakan.mkn wayang sume dato' naufal sendiri blanje.

2)seekor anak kucing betina gemuk berbulu senyum.

3)bawak dato hadi awang dgn isteri beliau jalan2 shopping kat jakarta.

4)2 bijik perfume berjenama utk menghilangkan bau badan yang mmg masam baunya.

5)percutian ke sukabumi bersama rakan2 yg hensem2 kesemuanya.

6)jawatan tinggi di dlm kelab umno jakarta yg mnjaminkan pangkat, harta dan wanita.

7)bilik paling besar kat umah kecoakopro, lengkap dgn set2 perabot dan sangkar kucing.

8)nickname baru seperti sir 'tocet' ferguson atau jose 'saer' mourinho.

9)piala pusingan serta hadiah cenderahati ikhlas dari sponsor liga, dato' naufal sendiri.

dan setelah genap setahun brtungkus lumus, memerah otak utk memilih player2 yg hebat utk mmbentuk sebuah team yg betul2 mantap, keputusan akhir liga adalah sprti berikut :

#1. Sir Naufal

gaya sang juara.macho haram.

nama team : Abah FC
point : 1942 (bukan tahun abah lahir)
info team : bosan gile nama team.x kreatif langsung.dipercayai menggunakan kabel dan orang dalam utk memenangi liga season ini.

#2. Redzabes goalmachine

peserta luar ukrida.india mari.

nama team : chelski fc
point : 1914
info team : menjadikan jose mourinho sbagai idola beliau, tapi kalah dgn abah yg hanya menjadikan rajagopal sbgai idola.

#3. lokman hakim

wakil tunggal benua afrika.

nama team : Pak Lang FC
point : 1899
info team : nama team adalah hasil cetusan idea seorang mak lang.jumlah point same dgn team nombor 4 tapi atas kuasa cinta, team beliau berjaya mendapat tempat ke 3.

#4. Altair Ismael

wajah serius seorg manager

nama team : A Kiss FC
point : 1899
info team : revival liverpool dalam EPL hujung2 season mybbkan beliau menjadi bersemangat mnjadi seorg manager yg brjaya sprti kenny dalglish.last2 dpt gak la nombor 4.

#5. adi kekacang

nama team : Team Lunyai FC
point : 1877
info team : nama team tidak menggambarkan kekuatan team anda.nama lunyai tapi team tetap hebat.

table keseluruhan adalah seperti berikut :

1 smpai 15 je, team sampah2 kat bwh xyah tunjuk pon xpe

ahli2 kecoakopro yang laen :

1) manager : saer ensem
nama team : the raiders
posisi : 15
point : 1697

wajah seorg noob.sohai.wood pc.

2) manager : amal tocet
nama team : Tempe FC
posisi : terperusuk kat bwh.ntah mane2 ntah.
point : x ingat, mmg rendah la tapi.bukan pendek.rendah.

wajah manager tempe FC yg seperti tempe.haha.

tahniah diucapkan kepada semua pemenang, hadiah tempat first tu sume abah dah sapu licin.diharapkan manager2 yang lain cube lagi dlm liga season depan yang menjanjikan saingan yang lebih mencabar, manager yg lebih ramai dan hadiah2 yang lebih menarik utk kita semua.

akhir kata, majulah sukan utk malaysia.