Di sini kami, AJK perkara2 lagho Kecoakopro Corp akan
menjawab 13 soalan yang sering diutarakan rakan2 yang berniat untuk join Piala
Dato’ Naufal. Diharap di bawah ini kami menjawab soalan2 anda tetapi jika anda
masih belum berpuas hati, sila tinggalkan soalan di ruangan komen.
Apemende fantasy football ni? Fesbuk aku tau
la.
Fantasy football ni lebih kurang macam jadi
manager team la. Kot ade feeling2 nak jadi Jose Mourinho ke Alex Ferguson buleh
la kalau nak cuba nasib.
Aku tak reti dow nak main. Cuba ajar sikit.
Masuk http://fantasy.premierleague.com/. Taruk nama team, pilih 15 pemain dalam
bajet 100k lepas tu masuk Piala Dato’ Naufal. Setel.
Aku dah koas dow sekarang. Nokharom bizi
dia. Aku nak berak pun tak sempat.
Transfer player 5 minit pon dah cukup. Sekali seminggu.
Tengah bosan2 stadi tu berenti la jap gi transfer player. Dengar cite sekarang dah ada app kat android kalau nak transfer2 player dengan kadar segera. Ala tengok gossip girl
dengan vampire diaries berseason-season sempat je (ayat last ni ditujukan
kepada saudara syapik zamasry).
Aboh join ke league ni? Konfem la die
menang.
Takde walkthrough atau cheat code dalam game
ni. Jangan risau. Kalau aboh menang tu maknanya dia menang dengan kudrat beliau
sendiri.
Kalau aku nak letak semua pemain Chelsea
buleh tak? Chelsea kan power.
Tiga je maksimum satu team. Ala Chelsea
bukannya power sangat pun sebenarnya. Move on la, gi pilih team lain. Southampton dengar cite season ni power.
Ni camne nak kira markah dia?
Skor, assist, clean sheet sume dapat
markah. Nanti pandai2 la kira sendiri.
Ah bosan la. Bukan dapat hadiah pun kalau
menang.
Menang tu tak penting sebenarnya. Kalah
menang adat pertandingan. Yang penting ukhwah yang terjalin antara kita semua.
Hari ni baru 28 Julai. EPL start 17 Ogos. Lek
lu sapkok lu. Lama lagi nak start league pon.
Buat je team dulu. Selagi season tak start
korang buleh transfer suka hati korang la banyak mana nak. Takde tolak2 markah.
Saya junior ukrida batch 2011. Perempuan
lak tu. Nak join buleh?
Takde hal. Kitorang tak seksis, rasis dan
suka makan sosis.
Aku kaki bangku. Sepak bola pun kasut aku
yang pergi. Player yang aku kenal pun David Beckham je.
Manager yang hebat selalunya memang tak
power sangat main bola. Suam-suam susu je. Yang penting taktik dan strategi
dari otak yang power.
Aku takde idea la nak taruk nama team
dengan nama manager ni. Aku rasa tak catchy.
Kami pengurus piala Dato’ Naufal mengesyorkan
anda taruk nama sendiri jadi nama manager. Baru la senang kan kalau nak
berkenalan ke apa. Nama team pulak taruk la nama paling catchy yang otak korang
buleh pikir. Lepas tu tambah la FC ke United ke Wanderers ke kat belakang.
Habis cite. Jangan taruk nama team ‘chelsea fc’ dah la. Hambar sangat tu.
Dah habis buat team ni camne nak masuk
Piala Dato’ Naufal?
Pegi kat league, masukkan nombor ni :
284692-155148
Apesal nama league ni Piala Dato’ Naufal?
Hambar betul.
Beliau adalah living legend, manager
terhebat dekad ini. Otak penuh dengan strategi dan taktik yang ‘out of the
box’. Siapa komplen berhak kena pukul.
Yang menjalankan tugas,
AJK perkara2 lagho kecoakopro Corp.
No comments:
Post a Comment