25 September 2011

R.I.P Capang


Capang
Di bulan yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah diriku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama kita bersama
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu capang
Ku menanti dengan hati rela

Pulanglah kepangkuan ku oh... capang
Ku menunggu mu di hari raya

Tajuk lagu : Pulanglah capang.
Penyanyi : Tocet


capang versi hensem.

capang versi garang.

Semenjak dua menjak ni kitorg tengok Tocet asek termenung je dekat beranda rumah. Tak kira la siang ke malam ke. Tak tau la ape benda yang dia usha sebenarnya. Nak kata dia usha rumah depan tak jugak. Usha masjid mustahil sekali.

Kadang2 boleh nampak air mata dia bergenang je tengok sangkar kucing yang sekarang dah bersawang, friskies yang dah basi serta pasir kucing yang dah bertaburan tu. Dengar cite dari rakan2 taulan, Tocet skrg dah xleh tengok kucing lain dah. Kalau ternampak gak nanti konfem dia emosi lepas tu nangis lari balik rumah.

Kitorg dah tak tau nak buat apa dah skrg. Awek sendiri pujuk pon Tocet buat tak layan je. Abah offer belanja chilli's, pegi tengok movie hatta bermain futsal sekalipun semua die buat endah tak endah je. Kitorg tak buleh tengok housemate kitorg camni sebab nanti kitorg pon jadik sedih sama.

Jadi kepada capang, kalau la ditakdirkan anda terbaca post ni, bawak2 la balik rumah. Kesian kitorg tengok Tocet nangis je hari2 kat beranda tu. Pulanglah beraya walaupun raya tinggal berapa hari je lagi ni.



p/s : entry ni adalah benar serta berbaur serius. siapa gelak berhak dilempang.

15 September 2011

alkisah #1 - misteri bau busuk.

Tengahari yang tenang.Tiada unggas2 berkicauan.Yang terdengar hanyalah bunyi kipas yang ligat berputar menyejukkan manusia2 yang kepanasan.

Tiba2 terdengar suara carutan kasar dari ruang tamu.Terlihat dua org manusia sedang sibuk bermain ps2 manakala seorang lagi manusia terbaring sambil memakai tuala, membelek belek ipod kesayangan beliau.

'Babi zaidi, tipu sial gol ko.Mane logik gol camtu!', jerit ahmad halim yang nyata tidak berpuas hati dengan kehebatan zaidi bermain game bola di play station.

'Ala aku tau ko bagi can je tu kan? Lepas ni sure ko kejar balik', ujar zaidi cuba menenangkan perasaan member baik beliau, ahmad halim yang sedang marah akibat dibelasah teruk oleh beliau.

Selepas itu, suasana kembali tenang.Zaidi dan ahmad halim kembali fokus bermain game.Tahir pula masih belum bangun tidur dari malam semalam.Yang terdengar hanyalah kelepek2, bunyi kaki novelle yang masih sibuk bermain ipod tetapi telah mengubah posisi beliau kepada posisi meniarap.

Dengan tidak semena mena zaidi menekan butang pause seraya bertanya,

'Weh, pejadah bau busuk ni?', tanya zaidi yang nyata terganggu performance beliau dengan suatu bau yang muncul secara tiba tiba.

'Aah la weh, babi mana kentut ni? Ko ke kentut zaidi?', tanya ahmad halim dengan muka merah menahan bau.

'Apesal aku plak? Aku tgh fokus main game mane sempat nak kentut', ujar zaidi cuba membuat kelakar untuk menenangkan suasana yang tegang.

'Ntah2 ko tak yang kentut?', tambah zaidi lagi, cuba menuduh ahmad halim.

'Sumpah bukan aku.Ni dah mcm tak berak sebulan bau dia ni', marah ahmad halim cuba meyakinkan bahawa bukan dia punca bau busuk tersebut.

'Ni konfem novelle ni.Weh novelle, ko kentut ek?Bau macam palat ko tau x?'

'Ah!pehal pulak aku? Korang la ni kentut lepas tu salahkan aku!', marah novelle tanpa memandang mereka, masih sibuk bermain ipod sambil menggoyang goyangkan kaki.

Zaidi dan ahmad halim tidak dapat lagi menahan bau tersebut.Oksigen sangatlah diperlukan pada waktu2 darurat seperti ini.Dengan sebulat suara mereka masuk ke bilik untuk menghirup udara yang lebih segar.

Setelah beberapa minit, mereka kembali ke ruang tamu, menyambung balik game yang lama tergendala akibat bau busuk sebentar tadi.

Kira kira 10 minit kemudian, novelle berdiri membetul betulkan tuala beliau sambil menghela nafas panjang.Ipod diletakkan di tepi.Beliau berjalan perlahan2 menuju ke tangga melintasi zaidi dan ahmad halim yang sedang fokus bermain game.Anak tangga dituruni satu persatu sambil menyanyikan lagu jamal abdillah, artis kesayangan beliau.Kemudian terdengar bunyi selak pintu diikuti bunyi tempat duduk jamban diturunkan.

'Pehh.Dari pagi tadi mamat tu pakai tuala.Sekarang dah tengahari baru nak gi mandi', ujar ahmad halim kepada zaidi.

Suasana diam sebentar,





'Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!', jerit ahmad halim dan zaidi serentak.

13 September 2011

ketupat sungai buloh.


p/s : org sg buloh memang buat ketupat guna daun bawang agaknya.baru la rasa die lain dari yg lain.

25 August 2011

sbb kami lame sgt duduk indonesia.

Setelah brkurun kami mmbesa di kota metropolitan jakarta yang indah ini, akhirnya tiba juga masa untuk kami pulang ke kampung halaman tercinta yang sentiasa jauh di mata tapi dekat di hati.

wlaopon ramai mmbe2 kitorg dah balik awal sbb diorg pandai sgt, kami yg sedikit malas ini trpaksa pulang sedikit lewat kerana berhempas pulas utk mngambil repeat paper.

disbbkan dah berkurun kami duduk dekat indonesia nih x reti2 nak balek, berikut adalah nasihat kami kepada teman2 yg akan pulang beraya di malaysia kelak :

1. janganlah anda menggelabah masa nak bayar kat cashier 7e sbb xde duit warna biru atau pepel.tenangkan fikiran dan anda akhirnya akan sedar yang anda kini sedang berada di malaysia.

2. ketika makan di mamak, jgn sesekali panggil anney dgn panggilan mas.x pon panggil mane2 pelayan kat supermarket dgn panggilan mbak.msti diorg buat buduh je nanti.

3. oleh kerana nk sgt berjimat, jgn la korg plan nak naek angkut kalo nak pegi mane2.mmg mmbesa la korg kat tepi jalan tuh nanti.tggu taxi warna biru pon adalah dilarang sama sekali.

4. bang, murtabak nih brape ribu?
situasi seperti ini ketika membeli murtabak di bazar ramadan mungkin akan mybbkan penjual murtabak trsebut trnganga melihat anda seraya berfikir 'kaya sgt ke budak ni smpai murtabak pon main ribu2?'

5. true story.

penjual tiket bas : bang bang, tiket gi kl nih.murah2.

mr N : nggak apa2.udah ada.

6. disbbkn bosan dan tgh xde duit ketika brjalan jalan kat mall brsame rakan2, jangan sesekali anda mengajak mereka mkn kat solaria sbb kat situ murah dan banyak.nnti msti diorg blank.

7. cuba elakkan dari memilih untuk menyanyikan lagu2 dari kumpulan kotak, ST 12 atau mbak surip mase karaoke kat kotak2 di mall2 berhampiran.kemungkinan besar lagu yg anda nak nyanyi tu xde.

8. jgn expect sume mall kat malaysia ade wayang mcm kat indonesia.plaza alam sentral, plaza PKNS dan subang parade sume xde wayang.

9. jgn lupe bawak 20 sen kalo taknak terkencing dalam seluar.kalo mmg ade niat nak kencing dlm seluar xyah la bawak 20 sen.

10. jgn sesekali mengharapkan dorongan ketika anda lapar di malam yang dingin.takpon masa nak bli sayur.naik la motor atau kereta utk mendapatkan apa yg anda inginkan.kalo lapa call la delivery.

11. kalo taknak kne pelempang sulung dari bonda tercinta, kemas baju2 anda sendiri sbb umah kat malaysia xde mbak utk kemaskan sume barang korg.

12. khas utk ahli2 kecoakopro, cbe berhenti utk beberapa mggu dari mengutuk aboh sbb abah di malaysia adalah lain jika dibandingkan dgn abah di indonesia.balik jakarta nnti buleh sambung kutuk aboh balek.

13. kalo xnk mulut korg kne sumbat dgn kain batik mak korg yg x basuh lagik, jgn sesekali menggelabah kejut sahur pukul 4stgh sbb dah nak imsak.tuh waktu indonesia.waktu malaysia 5stgh.

14.elakkan menggunakan perkataan 'permisi'.nnti korg kne gelak serta dipandang serong oleh masyarakat setempat.gunakanlah 'excuse me' utk nampak lebih intelektual.

15.teh o ais ye rakan2..bukan es teh manis.pastikan prkataan ais digunakan di blkg nama air bukan di depan.



p/s : nih je yg teringat.kalo ade nak tambah tulis kat bawah ek.selamat hari raya!

08 August 2011

mengapa begini?

Setelah 3 tahun blog kecoakopro ni wujud, dah dekat 70 post tertulis tapi still baru 15 orang je yang follow blog ni.jadi setelah dikira kira,

70 post / 15 followers = 1 followers setiap 5 post.

tapi cube tgk blog ni :


post die ade 2 je, tapi followers die dah ade 10.ini bermakna :

2 post / 10 followers = 5 followers setiap 1 post.

pehhhhhh.mengapaaaaaaaaaaaa?

ape yang spesel sgt ntah pasal blog mamat ni?

padahal post die copy paste mane je.ape kitorg punye post x menarek ke?

ape mamat ni makan?

die guna cheat code ke?

muka die comel sgt ke?tgk muka sama je selebet tiap2 hari.

ke die byk secret admirer?

xpon die bayar org suruh follow blog die?

guna serbuk guna2?

comel sgt ke muka mamat ni?




p/s : post ini xde kena mengena dgn emosi.saje je nk suruh korg bace blog tocet.padat dgn info2 terkini.hahah.