04 July 2014
Jurus Tendangan Mentadak Mentadu
Aku pun lupa gol ke tak. Kalau tengok dari gaya macam kuat sampai koyak jaring. Tapi rasa macam bola pegi leleh je. Ahh siriyes aku lupa. Nanti bila-bila rajin aku tanya dia balik.
30 March 2014
Team Bola Sepak Paling Power
Ada pulak yang kata team Barca masa zaman Guardiola dulu paling hebat.
Ada jugak yang suggest Bayern Munich. Diorang kata punyalah hebat sampai Barca pun boleh kena kitai semi final Champions League tahun lepas.
Yang semangat patriotik tinggi pulak cakap team Malaysia masa menang Piala AFF dulu team paling power yang pernah dilihat sepanjang hidup diorang.
Tapi bagi aku, hanya satu team yang paling hebat, paling mantap, paling power yang masih bertakhta di hati aku sehingga kini.
Dengan ini terimalah,
Kecoakopro FC (Season 08/09)
GOALKEEPER - Gianluigi 'Mayu' Buffon
Sikapnya yang tenang dan skill basketballnya yang hebat menjadikannya seorang keeper yang unik. Tidak pernah gentar dengan rembatan lawan sehingga terlihat beberapa kali sengaja memberi bola kepada striker lawan untuk dirembat. Kini sudah tidak aktif bermain sebagai goalkeeper dan lebih sering beraksi sebagai striker kerana katanya jiwanya lebih serasi dengan posisi sebagai seorang goalmachine.
DEFENDER - Sergio 'Apit' Ramos
Hensem. Pernah direkrut oleh agensi model untuk menjadi model kepada beberapa jenama ternama. Sering dianggap sebagai David Beckham Kecoakopro FC. Skill dribblenya yang unpredictable sering membuat lawan tertipu seperti di dalam game Fifa Street. Tetapi badannya yang kurus keping menyebabkan pihak musuh memilih untuk bermain kasar sehingga pernah sekali dilanggar sehingga melayang keluar padang. Kini sudah bersara dan akan mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta.
DEFENDER - Laurent 'Wahidi' Koscielny
Refleksnya yang sedikit pantas membolehkannya membaca pergerakan striker lawan dengan baik. Suka melakukan bentesan keras dan pelanggaran walaupun mengorbankan kaki sendiri. Walaupun kaki kanan beliau pantas dan cekap, kaki kirinya langsung tiada guna. Kini stamina dan refleksnya sudah jauh berkurang dan hanya mampu bermain untuk 5 minit sebelum keluar padang kehausan meminta air.
MIDFIELDER - Saerji Kagawa
Berwajah mirip Kagawa, penuh dengan skill yang dipelajarinya setiap malam di Youtube. Kakinya yang pantas dan mengelirukan membuatkan dia menjadi nightmare bagi pihak lawan. Pernah membelot team Kecoakopro FC dengan join team yang lebih senior demi sebuah pingat. Kini masih lagi bermain futsal, tetapi hanya apabila dijemput kerana beliau lebih selesa bermain Dota atau bergelak tawa menonton Running Man di rumah.
STRIKER - Wayne 'Tocet' Rooney
Rembatan yang padu dan badannya yang kecil menyukarkan defender lawan mengawal beliau. Walaupun kadang2 rembatannya sering menyebabkan bola masuk ke rumah jiran sebelah, tetapi jika mengena, kekuatan rembatannya dapat mengoyakkan jaring gol. Walaupun begitu, beliau sering dilanda kecederaan, dari ibu jari kaki sehingga ke bahagian apendiks. Kini beliau hanya duduk di rumah mengumpul lemak dan kadang2 dapat dilihat di stadium menyokong JDT.
SUBSTITUTE - Didier 'Pejo' Drogba
Lariannya lurus mengikut landasan tidak kira apapun halangan dan aral yang melintang. Melanggar setiap orang dengan kelajuan penuh sebelum merembat tonjol sekuat hati walaupun gol terbentang didepan mata. Sering digunakan sebagai supersub untuk memusnahkan team lawan. Kini sedang sibuk setelah selesai penggambaran Man of Steel. 'Aku tak reti doww main bola', ayat yang sering diberikan setiap kali diajak bermain futsal.
MANAGER - Arsenepai Wenger
Taktik dan strateginya yang sering out of the box menjadikannya seorang manager yang berwibawa dan dikagumi ramai. Menjadikan Rajagopal sebagai idola, pilihan2 strateginya sering membuahkan kemenangan kepada Kecoakopro FC. Kini sudah tidak lagi menjadi manager kerana beliau mendapati menjadi seorang pembaiki komputer adalah lebih best berbanding menguruskan sebuah team bola.
Sekian team yang paling hebat pernah aku jumpa. Walaupun hanya tinggal sejarah, kehebatan mereka masih lagi segar di ingatan. Team lain ibarat semut je kalau jumpa team ni.
Akhir kata, kalau ada futsal mohon ajak kitorang.
22 December 2013
The End of an Era
Dulu mula datang bukak internet check testi kat friendster,
Sekarang bukak internet check komen kat facebook, tweet
kat twitter, friendster pun dah pupus.
Dulu mula datang chatting pakai
yahoo messenger,
Sekarang laptop dah letak tepi,
chatting pakai whatsapp takpun line.
Dulu mula datang handphone semua
pakai Nokia, nampak Sony Ericsson tu dah kira power habis,
Sekarang blackberry pun dah tak
pandang, paling kurang Samsung S4 mahupun Iphone 5.
Dulu mula datang dalam beg buku
nota, nak stadi bukak buku,
Sekarang dalam beg ipad sebijik, nak stadi bukak gugel.
Dulu mula datang pergi kelas semua naik
basikal,
Sekarang sorang ada sebijik motor.
Dulu mula datang lapar malam2 lepak
warkop sedut kuku bima makan roti bakar,
Sekarang paling cikai lepak 7e
minum cappuccino makan hotdog.
Dulu mula datang makan kat restoran Penang dah kira grand dah,
Sekarang tak pandang restoran
dekat2, paling kurang nak Chilis, takpun Tony Romas.
Dulu mula datang baju uptown, seluar
jeans cabuk, selipar jepun,
Sekarang baju Topman, seluar Levis,
kasut Zara.
Dulu mula datang borak semua benda2
mengarut,
Sekarang semua borak pasal
hospital, pasal pasien, pasal kahwin.
Dulu mula datang semua muka suci
murni secerah mentari,
Sekarang semua muka educated, dah
macam muka mak bapak orang.


Pejam celik pejam celik, dah 5
tahun setengah rupanya kita belajar dan hidup di bumi Jakarta ni. Suka duka,
hilai tawa, susah senang semua kita lalui bersama. Gamaliel, kelas English Mr
Fred, kelas anatomi Husada, Exam dari sistem subjek sampai la ke sistem blok, Skill Lab, PBL dan Pleno, exam OSCE, Padas
sampai la ke peringkat Koas kita dah tempuh. Bak kata filsuf Shahir, kita susah menghargai benda di depan mata, bila dia hilang baru terasa sedihnya. Muka kena macho, tapi di hati siapa yang tahu. Sebak rasanya bila
memikirkan rakan2 yang kami anggap macam keluarga sendiri akan berpisah mencari
haluan masing2. Tiada lagi stadi bersama bersila di pinggir tangga, menunggu exam yang tak kunjung tiba. Tiada lagi
ke kantin ukrida makan mi ayam minum pop ice perisa kopi. Tiada lagi lepak
warkop, main futsal, menonton bola dan beradu PES bersama sehingga ke subuh. Tiada lagi event2 batch, bakar sate sama2, rebus ketupat, goreng ayam, sehingga ke bancuh air.

Selalunya aku bubuh penerangan kat bawah setiap gambar, tapi kali ni aku biarkan
gambar yang berkata-kata.
Bak kata pepatah orang2 Rembau, all good things must come to an end. Jadi sempena kepulangan rakan2 tersayang ke
tanah air, kami disini menyusun lima jari memohon ampun dan maaf andai ada
sebarang kesilapan mahupun terkasar bahasa. Tahniah kami ucapkan kepada
rakan2 yang dah bergelar dr, semoga kalian pulang dan menjadi seorang dokter
yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doakan kejayaan kami yang masih di sini. Biar
jauh di mata, tapi di hati jangan. Andainya ada jodoh yang panjang, semoga kita bertemu
lagi di lain waktu. May our path cross again someday. Biarpun kita dah berbadan dua, berdagu tiga mahupun
berkahwin empat, harap tidak dilupakan semua memori2 indah kita disini.
Time change, people change but
memory always remains.
Sekian.
*nangis*
28 July 2013
Piala paling berprestij abad ini.
Di sini kami, AJK perkara2 lagho Kecoakopro Corp akan
menjawab 13 soalan yang sering diutarakan rakan2 yang berniat untuk join Piala
Dato’ Naufal. Diharap di bawah ini kami menjawab soalan2 anda tetapi jika anda
masih belum berpuas hati, sila tinggalkan soalan di ruangan komen.
Apemende fantasy football ni? Fesbuk aku tau
la.
Fantasy football ni lebih kurang macam jadi
manager team la. Kot ade feeling2 nak jadi Jose Mourinho ke Alex Ferguson buleh
la kalau nak cuba nasib.
Aku tak reti dow nak main. Cuba ajar sikit.
Masuk http://fantasy.premierleague.com/. Taruk nama team, pilih 15 pemain dalam
bajet 100k lepas tu masuk Piala Dato’ Naufal. Setel.
Aku dah koas dow sekarang. Nokharom bizi
dia. Aku nak berak pun tak sempat.
Transfer player 5 minit pon dah cukup. Sekali seminggu.
Tengah bosan2 stadi tu berenti la jap gi transfer player. Dengar cite sekarang dah ada app kat android kalau nak transfer2 player dengan kadar segera. Ala tengok gossip girl
dengan vampire diaries berseason-season sempat je (ayat last ni ditujukan
kepada saudara syapik zamasry).
Aboh join ke league ni? Konfem la die
menang.
Takde walkthrough atau cheat code dalam game
ni. Jangan risau. Kalau aboh menang tu maknanya dia menang dengan kudrat beliau
sendiri.
Kalau aku nak letak semua pemain Chelsea
buleh tak? Chelsea kan power.
Tiga je maksimum satu team. Ala Chelsea
bukannya power sangat pun sebenarnya. Move on la, gi pilih team lain. Southampton dengar cite season ni power.
Ni camne nak kira markah dia?
Skor, assist, clean sheet sume dapat
markah. Nanti pandai2 la kira sendiri.
Ah bosan la. Bukan dapat hadiah pun kalau
menang.
Menang tu tak penting sebenarnya. Kalah
menang adat pertandingan. Yang penting ukhwah yang terjalin antara kita semua.
Hari ni baru 28 Julai. EPL start 17 Ogos. Lek
lu sapkok lu. Lama lagi nak start league pon.
Buat je team dulu. Selagi season tak start
korang buleh transfer suka hati korang la banyak mana nak. Takde tolak2 markah.
Saya junior ukrida batch 2011. Perempuan
lak tu. Nak join buleh?
Takde hal. Kitorang tak seksis, rasis dan
suka makan sosis.
Aku kaki bangku. Sepak bola pun kasut aku
yang pergi. Player yang aku kenal pun David Beckham je.
Manager yang hebat selalunya memang tak
power sangat main bola. Suam-suam susu je. Yang penting taktik dan strategi
dari otak yang power.
Aku takde idea la nak taruk nama team
dengan nama manager ni. Aku rasa tak catchy.
Kami pengurus piala Dato’ Naufal mengesyorkan
anda taruk nama sendiri jadi nama manager. Baru la senang kan kalau nak
berkenalan ke apa. Nama team pulak taruk la nama paling catchy yang otak korang
buleh pikir. Lepas tu tambah la FC ke United ke Wanderers ke kat belakang.
Habis cite. Jangan taruk nama team ‘chelsea fc’ dah la. Hambar sangat tu.
Dah habis buat team ni camne nak masuk
Piala Dato’ Naufal?
Pegi kat league, masukkan nombor ni :
284692-155148
Apesal nama league ni Piala Dato’ Naufal?
Hambar betul.
Beliau adalah living legend, manager
terhebat dekad ini. Otak penuh dengan strategi dan taktik yang ‘out of the
box’. Siapa komplen berhak kena pukul.
Yang menjalankan tugas,
AJK perkara2 lagho kecoakopro Corp.
21 October 2012
Dari Album Kecoakopro #2
Sempena besday salah satu dari pengasas blog kecoakopro yang jatuh pada hari ini, aku sebagai member rasa terpanggil untuk membuat satu post khas untuk beliau. Disebabkan beliau dah lama pindah dari rumah kitorang, jadi aku pikir baik aku sambung je post gambar2 sentimental macam dalam post lepas, tapi semua aku kasi ada muka dia. Aku malu nak cakap, tapi sebenarnya jauh di lubuk hati budak2 rumah ni, aku tau diorang semua rindu kat beliau sejak beliau memutuskan untuk berpindah dari rumah kecoakopro sebab nak stadi dengan serius. Sejak beliau pergi, tiada lagi hilai tawa, sumpah seranah serta cheese cake buatan beliau dalam peti ais. Yang tinggal hanyalah bekas cake, pemukul telur serta mixer yang beliau tinggalkan kat atas kabinet dapur.
Sekian untuk hari ini. Makin banyak gambar aku post, makin banyak pulak gambar baru aku jumpa dalam laptop aku ni. Misteri betul.
Sambungan dari gambar terakhir post lepas, gambar ni diambil beberapa minit je lepas tu. Ceria habis muka semua orang aku tengok. Baru blok 1 buleh la. Cuba try blok 12, nak pegi pun malas aku rasa. Apetah lagi blok 29.
Aku speechless. Taktau nak komen apa kat gambar ni. Tocet, dengan ketinggian paling kurang, melompat paling tinggi. Apai pulak kagum dengan kehebatan Tocet melawan graviti.
Ni baru habis selebret besday kat Pizza Hut. Orang dah takde buleh la nak amik gambar kat cermin eskalator. Jika diperhatikan betul2, masa ni semua selekeh habis. Rambut semua tak sikat aku rasa. Muka semua suci. Yang penting aboh still chubby and huggable.
Ni first time kitorang gi TA aka Mall Taman Anggrek. Memang besar mall ni. Mula2 datang memang kagum gak la. Tapi sekarang tak dah. Mall ni dah macam tandas kitorang je. Aku rasa aku lagi banyak gi mall ni dari gi kuliah kat ukrida. Haha. Jadi kalau rasa nanti sakit nak cari doktor, jauhilah muka2 di atas.
Ni baru sampai ukrida, penat kayuh basikal 20 minit, sampai2 ukrida tak bukak lagi. Melepak la mereka kat tangga tepi ukrida dengan penuh kehampaan. Niat kitorang suci, datang kelas awal, nak belajar betul2 supaya satu hari nanti dapat jadi doktor yang berguna. Tapi semua ni masa first sem la.
Ni gambar besday boy paling romantis yang aku jumpa. Di bawah sinaran lampu, di beranda rumah kesayangan, kitorang makan semangkuk megi sambil berborak tentang masa depan. Nampak je dalam gambar tu macam kitorang fokus dengan megi, tapi serius kitorang borak panjang. Percayalah.
Sekian untuk hari ini. Makin banyak gambar aku post, makin banyak pulak gambar baru aku jumpa dalam laptop aku ni. Misteri betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)



.jpg)