03 June 2018

LG Scarlet


TV LG Scarlet yang seksi

TV LG Scarlet. 32 inci. Keluaran terkini tahun 2008. Bentuk badan yang seksi, ditambah dengan gabungan warna merah hati dan hitam manis membuatkan tv ini kelihatan begitu menawan. Cara menghidupkan tv yang unik dengan hanya meletakkan jari di tengah bulatan sehingga cahaya neon merah bertukar menjadi putih sudah cukup untuk membuatkan aku ternganga kagum.


Rak tv takde takpe boleh letak tv kat bawah. Sofa takde takpe boleh duduk kat lantai. Katil takde takpe boleh beli toto. Almari takde takpe boleh susun baju dalam bakul. Tapi yang penting tv kena besar.


Memandangkan tv flat screen yang masih belum popular ketika itu, rumah kecoakopro sentiasa menjadi tumpuan rakan2 dari seantero Tanjung Duren Selatan. Dari menonton filem hantu, bermain PS2 sehinggalah ke perlawanan final Champions League. Scarlet setia menemani kami tatkala kebosanan, susah senang dan sentiasa menjadi kebanggaan ahli2 kecoakopro tanpa mengenal erti penat lelah.



Tapi...


Sampai sekarang lepas 10 tahun berlalu, bila aku fikir2 balik, macam mana enam2 manusia semua boleh sepakat setuju beli tv ni tanpa sebarang bantahan? Padahal baru pindah rumah kosong yang takde perabot langsung. Siap sekali pakej Play Station dengan DVD player pulak tu. Bincang on the spot je depan kedai elektrik kat Mangga Dua terus semua on bagi duit sama rata. Tak sampai 10 minit pun bincang aku rasa. Dengan gaji seorang doktor sekarang ni pun aku yakin aku akan fikir berbelas-belas kali nak beli TV power macam ni. Apatah lagi sekali jalan dengan Play Station. Serius aku musykil dengan isi kandungan otak kitorang 10 tahun yang lalu.

Memetik kata Bro Akmal bila pertama kali datang rumah kitorang nak kenal junior2 baru,

 “MasyaAllah, dalam banyak2 benda, benda ni yang korang beli dulu? Buku mana buku?”



dan kini setelah 10 tahun, misteri kandungan otak kitorang masih lagi belum terungkai.





p/s : Tapi serius, tv lagi penting sebenarnya dari buku. Percayalah cakap aku.

19 October 2016

Poster

Kehadapan rakan2 yang aku cintai, walaupun sudah 8 tahun berlalu, perasaan bersalah tu tak pernah hilang dari lubuk hati yang terdalam. Semakin aku cuba melupakan, semakin kuat perasaan bersalah tu aku rasakan. Aku harap dengan detik2 yang berlalu pergi, dapatlah kiranya memori ini perlahan lahan terhakis, berlalu pergi seiring dengan masa. Tapi jangkaan aku salah.



Dengan ini aku ingin memohon maaf atas kegagalan gambar ni. Aku tau korang nak pose feeling2 gambar poster band rock kapak. Muka serius macam tengah fikir masa depan. Tapi aku tak sengaja senyum. Entah apa perkara lawak yang aku nampak tapi betul, aku tak sengaja. Tiada niat di dalam hati nak spoilkan gambar ni. Serius.



P/s : Aku harap satu hari nanti aku sempat recreate pose ni walaupun part perut tu dah tak boleh nak recreate dah.

14 September 2015

7 tahun dah rupanya.


Semuanya rasa macam baru semalam. Wajah2 asing kat KLIA. Sorang rambut afro. Sorang muka macam cina. Sorang tinggi tak cukup. Sorang badan sekeping. Sorang muka tua badan chubby2. Sorang lagi muka jawa rambut sepah. Tak sangka semua tu 7 tahun yang lepas.

Apa apapun selamat ulangtahun ke 7 kecoakopro! Walaupun blog ni hidup segan mati tak mahu, korang jangan risau. Persahabatan kami tetap utuh seutuh cinta Jack dengan Rose dalam cerita Titanic.

Tidak dilupakan juga kepada teman2 ukrida yang lain.

Sori lambat wish.

Housemanship bizi nak mampus. Kitorang semua macam mayat hidup dah ni.




p/s : Aku ingat nak balik jakarta jap makan Hanamasa, Habis makan aku balik KL balik.

29 July 2015

Kurus


Rasa nak menangis aku tengok kekurusan semua orang dalam gambar ni. Tocet paling obvious sekali dia punya kurus. Sekarang aku rasa BMI dia still lebih 30 walaupun training gym dengan abam Rambo tiap minggu. Aku bajet pinggang seluar semua orang masa ni konfem tak lebih 30. Konfem.

Lima2 kemeja ni mesti semua dah tak boleh pakai. Bukan sebab lusuh ke hilang ke, tapi butang tercabut sebab nak tahan perut masing2. Butang pun givap.



p/s : Masa ni la aku tau aboh orang KL rupanya. Aku ingat orang Sungai Buloh.

10 June 2015

Membaca


Bukti kitorang memang rajin membaca. Takde gambar lain yang lebih mampu membuktikan sifat mulia kitorang yang satu ni. Kalau komik pun sampai kembang2 camtu, cuba bayangkan buku medik camne pulak bentuk dia. Punya la budaya membaca ni berkembang mekar dalam hidup kitorang.



p/s : Kalau korang dapat teka ni kat mana korang power.

07 May 2015

Matang

Ramai orang berpendapat dalam satu2 keluarga tu, seorang ayah mesti kelihatan paling matang. Diikuti anak sulung, anak kedua dan seterusnya. Kepada yang dah kenal budak2 Kecoakopro sekian lama, mesti diorang cakap dalam enam2 orang tu, Aboh yang kelihatan paling matang. Bersifat kebapaan, penyayang dan bertimbang rasa walaupun hakikatnya tidak sebegitu. Diikuti Apai yang berjambang seperti Wolverine dan Syapik yang sentiasa macho dan bergaya. Yang lagi tiga orang memang umum mengetahui perangai mereka yang tak begitu matang.

Tetapi,

Anda yakin?

Cuba lihat betul2 gambar dibawah.





Wahidi dengan Saer yang kelihatan paling matang sebenarnya. Dengar cerita diorang berdua memang tak suka bergaul dengan budak2 kurang matang ni, takut menjejaskan kredibiliti dan durabiliti pemikiran diorang. Patut la diorang duduk satu bilik.

Aboh dengan Apai nampak matang? Boleh la. Tapi takde la matang sangat sebenarnya. Biasa2 je.
Kalau compare dengan Wahidi dan Saer, diorang masih kurang.

Syapik memang nampak muda sebab dia hensem. Kenyataan ini tak mungkin dapat disangkal lagi. Rasanya aku dah ulang ayat ni dari mula blog Kecoakopro ditubuhkan lagi. Walaupun dah 7 tahun berlalu, wajah beliau tetap kelihatan muda seperti Dorian Gray.

Part Tocet tu aku rasa Howold.net ni silap. Orang lain semua diukur ikut tingkat kematangan wajah, Tocet je dia ukur pakai tinggi. Nanti aku try ulang balik pakai gambar lain.




p/s : Rindu gila zaman stadi. Siriyesly. 

17 November 2014

In My Life


There are places I'll remember
All my life, though some have changed
Some forever, not for better
Some have gone and some remain
All these places have their moments
With lovers and friends I still can recall
Some are dead and some are living
In my life, I've loved them all

But of all these friends and lovers
There is no one compares with you
And these memories lose their meaning
When I think of love as something new

Though I know I'll never lose affection
For people and things that went before
I know I'll often stop and think about them
In my life, I love you more

Though I know I'll never lose affection
For people and things that went before
I know I'll often stop and think about them
In my life, I love you more


In my life -- I love you more


The Beatles, Rubber Soul
(1965)

22 July 2014

The Fault in our Cooking

Aku selalu dengar budak2 perempuan cakap, lelaki yang power masak ni seksi. Diorang kata tak hensem pun takpe asalkan pandai masak.

“Ala masak simple2 pun ok la, asalkan buleh buat makan”, tambah mereka lagi.

Rahsia ni sebenarnya dah lama aku simpan. Hari ni aku ingat nak bagitau kat wanita2 di luar sana bahawa yang sebenarnya, ahli2 kecoakopro ni bukan setakat hensem, malah semuanya pandai masak. Setakat masak megi campur telur, masak lemak cili api, ayam masak merah, semua kat celah jari kitorang je. Tapi part pergi pasar tu fail sikit. Aku pun ragu2 diorang ni dapat bezakan ke tak kunyit dengan halia. Ikan pun yang diorang konfem tau ikan bilis je.

Tapi tujuan post aku kali ni bukan la nak riak dengan masakan2 kitorang yang sedap dan gerenti bakal menambat selera bakal mertua. Tetapi post ini diwujudkan hanyalah untuk menyenaraikan masakan2 yang paling gagal pernah berlaku sejak penubuhan kecoakopro. Sedangkan Chef Wan pun pernah masak tak sedap, apatah lagi kitorang yang belajar medic ni.


1. Teh Tarik Special

Persis warna teh tarik kitorang

Kepala chef : Mayu
Rasa : Tawaq nak mampuih
Warna : Cokelat cokelat cair
Punca kegagalan : Belum pernah lagi dalam sejarah tamadun melayu orang buat teh tarik pakai teh uncang. Dah tu dengan yakinnya beliau buat satu jag penuh.
Efek : Sorang minum seteguk je. Diorang kata baik minum air kosong lagi ada feel. Haus pun hilang.


2. Roti Canai

Liat roti canai kitorang kalah sikit je dengan liatnya sepasang selipar getah

Kepala chef : Wahidi
Rasa : Hambar macam lawak2 syapik.
Tekstur : Liat macam kejut saer bangun pagi.
Warna : Ada la rupa2 roti canai sikit
Punca kegagalan : Entah resipi gugel mana dia jumpa. Dengan yakin je nak try. Ingat rakan2, jangan terlalu percaya dengan sesuatu yang kita gugel.
Efek : Rahang lenguh.


3. Ayam Masak Madu

Camni la rupa dia sedikit sebanyak. Nampak smart kan?

Kepala chef : Mayu
Rasa : Okey je, tapi bila kuah dia sampai ke anak tekak, bad things happen.
Warna : Hitam-hitam oren
Punca kegagalan : Semua benda yang campur madu selalunya jadi lagi sedap. Dengan berpegang kepada kata2 hikmat ini, mayu memasak juadah berbuka kami.
Efek : Tocet tidak dapat mengawal refleks salivasi selama setengah jam. Pandangan kosong. Air hidung mengalir tanpa disedari. Flashback masa lalu terlintas di fikiran.


4. Tomyam

Perfecto!

Kepala chef : Seisi rumah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Rasa : Sepahit hempedu. Paling jauh kuah dia boleh pergi sampai pangkal lidah. Efek menyembur akan diaktifkan apabila kuah sampai ke anak tekak. 
Warna : Perfecto, bau mantap. Umpama kami adalah anak jati Thailand.
Punca kegagalan : Sampai sekarang mak aku dengar dia gelak. Dipetik dari kata2 beliau, tak pernah dibuat dek orang perah limau nipis sekali dengan bijik2 dia campak masuk ke dalam. Apatah lagi sekali dengan kulit limau.
Efek : Sampai sekarang bila terbayang, dahi berkerut secara automatis.





p/s : Kita lagi banyak belajar dari kegagalan jika dibandingkan dengan kejayaan. Kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda.

04 July 2014

Jurus Tendangan Mentadak Mentadu


Aku pun lupa gol ke tak. Kalau tengok dari gaya macam kuat sampai koyak jaring. Tapi rasa macam bola pegi leleh je. Ahh siriyes aku lupa. Nanti bila-bila rajin aku tanya dia balik.

30 March 2014

Team Bola Sepak Paling Power

Ada yang kata team Arsenal time zaman invisible dulu team paling hebat yang pernah dilihat umat manusia.

Ada pulak yang kata team Barca masa zaman Guardiola dulu paling hebat.

Ada jugak yang suggest Bayern Munich. Diorang kata punyalah hebat sampai Barca pun boleh kena kitai semi final Champions League tahun lepas.

Yang semangat patriotik tinggi pulak cakap team Malaysia masa menang Piala AFF dulu team paling power yang pernah dilihat sepanjang hidup diorang.

Tapi bagi aku, hanya satu team yang paling hebat, paling mantap, paling power yang masih bertakhta di hati aku sehingga kini.

Dengan ini terimalah,

Kecoakopro FC (Season 08/09)

GOALKEEPER - Gianluigi 'Mayu' Buffon
Sikapnya yang tenang dan skill basketballnya yang hebat menjadikannya seorang keeper yang unik. Tidak pernah gentar dengan rembatan lawan sehingga terlihat beberapa kali sengaja memberi bola kepada striker lawan untuk dirembat. Kini sudah tidak aktif bermain sebagai goalkeeper dan lebih sering beraksi sebagai striker kerana katanya jiwanya lebih serasi dengan posisi sebagai seorang goalmachine.

DEFENDER - Sergio 'Apit' Ramos
Hensem. Pernah direkrut oleh agensi model untuk menjadi model kepada beberapa jenama ternama. Sering dianggap sebagai David Beckham Kecoakopro FC. Skill dribblenya yang unpredictable sering membuat lawan tertipu seperti di dalam game Fifa Street. Tetapi badannya yang kurus keping menyebabkan pihak musuh memilih untuk bermain kasar sehingga pernah sekali dilanggar sehingga melayang keluar padang. Kini sudah bersara dan akan mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta.

DEFENDER - Laurent 'Wahidi' Koscielny
Refleksnya yang sedikit pantas membolehkannya membaca pergerakan striker lawan dengan baik. Suka melakukan bentesan keras dan pelanggaran walaupun mengorbankan kaki sendiri. Walaupun kaki kanan beliau pantas dan cekap, kaki kirinya langsung tiada guna. Kini stamina dan refleksnya sudah jauh berkurang dan hanya mampu bermain untuk 5 minit sebelum keluar padang kehausan meminta air.

MIDFIELDER - Saerji Kagawa
Berwajah mirip Kagawa, penuh dengan skill yang dipelajarinya setiap malam di Youtube. Kakinya yang pantas dan mengelirukan membuatkan dia menjadi nightmare bagi pihak lawan. Pernah membelot team Kecoakopro FC  dengan join team yang lebih senior demi sebuah pingat. Kini masih lagi bermain futsal, tetapi hanya apabila dijemput kerana beliau lebih selesa bermain Dota atau bergelak tawa menonton Running Man di rumah.

STRIKER - Wayne 'Tocet' Rooney
Rembatan yang padu dan badannya yang kecil menyukarkan defender lawan mengawal beliau. Walaupun kadang2 rembatannya sering menyebabkan bola masuk ke rumah jiran sebelah, tetapi jika mengena, kekuatan rembatannya dapat mengoyakkan jaring gol. Walaupun begitu, beliau sering dilanda kecederaan, dari ibu jari kaki sehingga ke bahagian apendiks. Kini beliau hanya duduk di rumah mengumpul lemak dan kadang2 dapat dilihat di stadium menyokong JDT.

SUBSTITUTE - Didier 'Pejo' Drogba
Lariannya lurus mengikut landasan tidak kira apapun halangan dan aral yang melintang. Melanggar setiap orang dengan kelajuan penuh sebelum merembat tonjol sekuat hati walaupun gol terbentang didepan mata. Sering digunakan sebagai supersub untuk memusnahkan team lawan. Kini sedang sibuk setelah selesai penggambaran Man of Steel. 'Aku tak reti doww main bola', ayat yang sering diberikan setiap kali diajak bermain futsal.

MANAGER - Arsenepai Wenger
Taktik dan strateginya yang sering out of the box menjadikannya seorang manager yang berwibawa dan dikagumi ramai. Menjadikan Rajagopal sebagai idola, pilihan2 strateginya sering membuahkan kemenangan kepada Kecoakopro FC. Kini sudah tidak lagi menjadi manager kerana beliau mendapati menjadi seorang pembaiki komputer adalah lebih best berbanding menguruskan sebuah team bola.



Sekian team yang paling hebat pernah aku jumpa. Walaupun hanya tinggal sejarah, kehebatan mereka masih lagi segar di ingatan. Team lain ibarat semut je kalau jumpa team ni. 


Akhir kata, kalau ada futsal mohon ajak kitorang.

22 December 2013

The End of an Era

Dulu mula datang bukak internet check testi kat friendster,
Sekarang bukak internet check komen kat facebook, tweet kat twitter, friendster pun dah pupus.

Dulu mula datang chatting pakai yahoo messenger,
Sekarang laptop dah letak tepi, chatting pakai whatsapp takpun line.

Dulu mula datang handphone semua pakai Nokia, nampak Sony Ericsson tu dah kira power habis,
Sekarang blackberry pun dah tak pandang, paling kurang Samsung S4 mahupun Iphone 5.

Dulu mula datang dalam beg buku nota, nak stadi bukak buku,
Sekarang dalam beg ipad sebijik, nak stadi bukak gugel.

Dulu mula datang pergi kelas semua naik basikal,
Sekarang sorang ada sebijik motor.

Dulu mula datang lapar malam2 lepak warkop sedut kuku bima makan roti bakar,
Sekarang paling cikai lepak 7e minum cappuccino makan hotdog.

Dulu mula datang makan kat restoran Penang dah kira grand dah,
Sekarang tak pandang restoran dekat2, paling kurang nak Chilis, takpun Tony Romas.

Dulu mula datang baju uptown, seluar jeans cabuk, selipar jepun,
Sekarang baju Topman, seluar Levis, kasut Zara.

Dulu mula datang borak semua benda2 mengarut,
Sekarang semua borak pasal hospital, pasal pasien, pasal kahwin.

Dulu mula datang semua muka suci murni secerah mentari,
Sekarang semua muka educated, dah macam muka mak bapak orang.

Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun setengah rupanya kita belajar dan hidup di bumi Jakarta ni. Suka duka, hilai tawa, susah senang semua kita lalui bersama. Gamaliel, kelas English Mr Fred, kelas anatomi Husada, Exam dari sistem subjek sampai la ke sistem blok, Skill Lab, PBL dan Pleno, exam OSCE, Padas sampai la ke peringkat Koas kita dah tempuh. Bak kata filsuf Shahir, kita susah menghargai benda di depan mata, bila dia hilang baru terasa sedihnya. Muka kena macho, tapi di hati siapa yang tahu. Sebak rasanya bila memikirkan rakan2 yang kami anggap macam keluarga sendiri akan berpisah mencari haluan masing2. Tiada lagi stadi bersama bersila di pinggir tangga, menunggu exam yang tak kunjung tiba. Tiada lagi ke kantin ukrida makan mi ayam minum pop ice perisa kopi. Tiada lagi lepak warkop, main futsal, menonton bola dan beradu PES bersama sehingga ke subuh. Tiada lagi event2 batch, bakar sate sama2, rebus ketupat, goreng ayam, sehingga ke bancuh air.









Selalunya aku bubuh penerangan kat bawah setiap gambar, tapi kali ni aku biarkan 
gambar yang berkata-kata.

Bak kata pepatah orang2 Rembau, all good things must come to an end. Jadi sempena kepulangan rakan2 tersayang ke tanah air, kami disini menyusun lima jari memohon ampun dan maaf andai ada sebarang kesilapan mahupun terkasar bahasa. Tahniah kami ucapkan kepada rakan2 yang dah bergelar dr, semoga kalian pulang dan menjadi seorang dokter yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doakan kejayaan kami yang masih di sini. Biar jauh di mata, tapi di hati jangan. Andainya ada jodoh yang panjang, semoga kita bertemu lagi di lain waktu. May our path cross again someday. Biarpun kita dah berbadan dua, berdagu tiga mahupun berkahwin empat, harap tidak dilupakan semua memori2 indah kita disini.

Time change, people change but memory always remains.

Sekian.

*nangis*

28 July 2013

Piala paling berprestij abad ini.




Di sini kami, AJK perkara2 lagho Kecoakopro Corp akan menjawab 13 soalan yang sering diutarakan rakan2 yang berniat untuk join Piala Dato’ Naufal. Diharap di bawah ini kami menjawab soalan2 anda tetapi jika anda masih belum berpuas hati, sila tinggalkan soalan di ruangan komen.


Apemende fantasy football ni? Fesbuk aku tau la.
Fantasy football ni lebih kurang macam jadi manager team la. Kot ade feeling2 nak jadi Jose Mourinho ke Alex Ferguson buleh la kalau nak cuba nasib.


Aku tak reti dow nak main. Cuba ajar sikit. 
Masuk http://fantasy.premierleague.com/. Taruk nama team, pilih 15 pemain dalam bajet 100k lepas tu masuk Piala Dato’ Naufal. Setel.


Aku dah koas dow sekarang. Nokharom bizi dia. Aku nak berak pun tak sempat.
Transfer player 5 minit pon dah cukup. Sekali seminggu. Tengah bosan2 stadi tu berenti la jap gi transfer player. Dengar cite sekarang dah ada app kat android kalau nak transfer2 player dengan kadar segera. Ala tengok gossip girl dengan vampire diaries berseason-season sempat je (ayat last ni ditujukan kepada saudara syapik zamasry).


Aboh join ke league ni? Konfem la die menang.
Takde walkthrough atau cheat code dalam game ni. Jangan risau. Kalau aboh menang tu maknanya dia menang dengan kudrat beliau sendiri.


Kalau aku nak letak semua pemain Chelsea buleh tak? Chelsea kan power.
Tiga je maksimum satu team. Ala Chelsea bukannya power sangat pun sebenarnya. Move on la, gi pilih team lain. Southampton dengar cite season ni power.


Ni camne nak kira markah dia?
Skor, assist, clean sheet sume dapat markah. Nanti pandai2 la kira sendiri.


Ah bosan la. Bukan dapat hadiah pun kalau menang.
Menang tu tak penting sebenarnya. Kalah menang adat pertandingan. Yang penting ukhwah yang terjalin antara kita semua.


Hari ni baru 28 Julai. EPL start 17 Ogos. Lek lu sapkok lu. Lama lagi nak start league pon.
Buat je team dulu. Selagi season tak start korang buleh transfer suka hati korang la banyak mana nak. Takde tolak2 markah.


Saya junior ukrida batch 2011. Perempuan lak tu. Nak join buleh?
Takde hal. Kitorang tak seksis, rasis dan suka makan sosis.


Aku kaki bangku. Sepak bola pun kasut aku yang pergi. Player yang aku kenal pun David Beckham je.
Manager yang hebat selalunya memang tak power sangat main bola. Suam-suam susu je. Yang penting taktik dan strategi dari otak yang power.


Aku takde idea la nak taruk nama team dengan nama manager ni. Aku rasa tak catchy.
Kami pengurus piala Dato’ Naufal mengesyorkan anda taruk nama sendiri jadi nama manager. Baru la senang kan kalau nak berkenalan ke apa. Nama team pulak taruk la nama paling catchy yang otak korang buleh pikir. Lepas tu tambah la FC ke United ke Wanderers ke kat belakang. Habis cite. Jangan taruk nama team ‘chelsea fc’ dah la. Hambar sangat tu.


Dah habis buat team ni camne nak masuk Piala Dato’ Naufal?
Pegi kat league, masukkan nombor ni :

284692-155148


Apesal nama league ni Piala Dato’ Naufal? Hambar betul.
Beliau adalah living legend, manager terhebat dekad ini. Otak penuh dengan strategi dan taktik yang ‘out of the box’. Siapa komplen berhak kena pukul.



Yang menjalankan tugas,
AJK perkara2 lagho kecoakopro Corp.

21 October 2012

Dari Album Kecoakopro #2

Sempena besday salah satu dari pengasas blog kecoakopro yang jatuh pada hari ini, aku sebagai member rasa terpanggil untuk membuat satu post khas untuk beliau. Disebabkan beliau dah lama pindah dari rumah kitorang, jadi aku pikir baik aku sambung je post gambar2 sentimental macam dalam post lepas, tapi semua aku kasi ada muka dia. Aku malu nak cakap, tapi sebenarnya jauh di lubuk hati budak2 rumah ni, aku tau diorang semua rindu kat beliau sejak beliau memutuskan untuk berpindah dari rumah kecoakopro sebab nak stadi dengan serius. Sejak beliau pergi, tiada lagi hilai tawa, sumpah seranah serta cheese cake buatan beliau dalam peti ais. Yang tinggal hanyalah bekas cake, pemukul telur serta mixer yang beliau tinggalkan kat atas kabinet dapur.

 Sambungan dari gambar terakhir post lepas, gambar ni diambil beberapa minit je lepas tu. Ceria habis muka semua orang aku tengok. Baru blok 1 buleh la. Cuba try blok 12, nak pegi pun malas aku rasa. Apetah lagi blok 29.

 
Aku speechless. Taktau nak komen apa kat gambar ni. Tocet, dengan ketinggian paling kurang, melompat paling tinggi. Apai pulak kagum dengan kehebatan Tocet melawan graviti. 

 
Ni baru habis selebret besday kat Pizza Hut. Orang dah takde buleh la nak amik gambar kat cermin eskalator. Jika diperhatikan betul2, masa ni semua selekeh habis. Rambut semua tak sikat aku rasa. Muka semua suci. Yang penting aboh still chubby and huggable.

 Ni first time kitorang gi TA aka Mall Taman Anggrek. Memang besar mall ni. Mula2 datang memang kagum gak la. Tapi sekarang tak dah. Mall ni dah macam tandas kitorang je. Aku rasa aku lagi banyak gi mall ni dari gi kuliah kat ukrida. Haha. Jadi kalau rasa nanti sakit nak cari doktor, jauhilah muka2 di atas.

Ni baru sampai ukrida, penat kayuh basikal 20 minit, sampai2 ukrida tak bukak lagi. Melepak la mereka kat tangga tepi ukrida dengan penuh kehampaan. Niat kitorang suci, datang kelas awal, nak belajar betul2 supaya satu hari nanti dapat jadi doktor yang berguna. Tapi semua ni masa first sem la.

Ni gambar besday boy paling romantis yang aku jumpa. Di bawah sinaran lampu, di beranda rumah kesayangan, kitorang makan semangkuk megi sambil berborak tentang masa depan. Nampak je dalam gambar tu macam kitorang fokus dengan megi, tapi serius kitorang borak panjang. Percayalah.




Sekian untuk hari ini. Makin banyak gambar aku post, makin banyak pulak gambar baru aku jumpa dalam laptop aku ni. Misteri betul.

26 September 2012

Dari Album Kecoakopro #1

Oleh sebab tengah2 malam camni aku masih gagal untuk tidur, aku akan tengok siling rumah sampai bosan dengan harapan akan timbul rasa ngantuk. Sedar tak sedar fikiran aku akan jauh menerawang melepasi angkasa raya, menembusi siling rumah tercinta. Tapi sejauh mana pun aku berfikir, tak pernah pulak aku jumpa idea bernas yang memungkinkan aku untuk memenangi anugerah Nobel. The meaning of life pun tak pernah jumpa. Oleh kerana aku diciptakan sebagai seorang yang sentimental, last2 mesti aku akan teringat benda2 lalu, kenangan2 silam dan yang sewaktu dengannya. Sebab tu la aku buat post ni. Alang2 tak boleh tidur, biar terus semayang subuh. Tak sangka banyak jugak gambar lama kat laptop buruk kesayangan aku ni.

Sambutan malam merdeka 2008. Konon semangat patriotik tinggi pegi selebret merdeka atas bumbung rumah kepa duri. Baru seminggu sampai Indon dah melalak nyanyi lagu Negaraku atas bumbung rumah orang. Nasib baik takde orang lempar batu.

  
Yang ni nak pegi selebret merdeka kat kedubes aku rasa ni. Bukan pegi direct selling mahupun mesyuarat kat ofis. Muka semua suci murni, secerah mentari.

  
Aboh yang masih chubby. Siap share dengar mp3 lagi tu Aboh dengan Tocet. Sweet betul diorang ni. Sekarang jangan harap nak share2 macam ni dah. Haha.

  
Aku rasa ni kat kopro. Beli karpet dengan tilam untuk rumah baru. Sorang pun takde yang dah mandi aku rasa. Yang baju hijau tu datang beli karpet dengan kitorang, bukan penjual karpet. Harap jangan salah faham.

  
Majlis berbuka puasa kat buffet CL 2008. Kira macam majlis pertama kitorang gak la kat Jakarta ni. Apesal bergambar dengan Bro Nash aku pun taktau. Sekarang buffet kat CL ni pun dah takde. Dah bangkrap kot. Dah transform jadi kedai letrik.



Menarik jugak sentimental2 ni. Sekian untuk malam ni. Nanti bosan aku sambung lagi.

23 May 2012

Apesal Team Lunyai Power Sangat?


Jauh betul beza point number 1 dgn number 2 tuh. Memang hebat johan kali ni, tak macam johan season lepas, beza sikit2 je. Memang patut la Team Lunyai dapat johan season ni.

Buat team yang baru 'debut' season ni, Guntang FC memang mantap. Kami yakin season akan datang team ini dapat memberi saingan yang lebih sengit dalam perebutan Piala Dato' Naufal yang penuh prestij ini.

PutoTyrano FC, team yang penuh konsisten setiap season. Dua season berturut turut dalam Top 5, bukan calang-calang team buleh wat camtu. Tahniah Pok Ta. Cuba lagi season depan.

Tahniah juga kami ucapkan kepada saudara Ahmad Bob KP yang berjaya memperoleh slot ke Champions League season depan setelah berusaha keras sepanjang season utk mndapat tempat ke 4.

Menunjukkan peningkatan yang mendadak dari season lepas, saudara Tocet berjaya membuktikan kepada rakan2 bahawa beliau takde la noob sangat dengan mendapat tempat ke 6. Ok la tu kan dari takde dalam gambar pun season lepas.

Johan season lepas, Abah All-Star pula mengalami prestasi yang merudum season ni, dengan mendapat tempat ke 11. Punca prestasi teruk masih lagi dalam siasatan. Seperti kelab kesayangan beliau, Chelsea FC yang suka memecat manager setiap tahun, kami mahukan beliau memecat diri sendiri.

Kekal noob dan selamanya noob, Saer yang team dia tak masuk pun dalam gambar. Punya la sampah team beliau. Nama team pon kitorang dah lupa.




p/s : Konfem aku kena beli hadiah untuk diri sendiri ni. Mintak kat Dato' Naufal konfem dia tak bagi punya sebab team dia dapat number 11 je.

15 April 2012

Alkisah #2 - Aspartam

Satu masa dahulu, di suatu tempat yang dipanggil Kepa Duri, tinggallah enam orang manusia di sebuah rumah yang besar tapi bilik2 nya kecik. Walaupun sewa bilik mereka agak mahal, tapi kehidupan mereka sangat lah bahagia. Satu2 nya masalah yang mereka hadapi adalah taktau kat luar pagi ke petang, sebab ketiadaan tingkap. Dengan keenam enam bilik dalam satu lorong panjang, mereka hanya perlu beberapa langkah untuk pergi dari satu bilik ke bilik yang lain.

Sori dow lukis pelan buruk. Tangan aku gigil.

Nak dijadikan cerita, di suatu malam yang hening, kesemua enam orang sedang sibuk dengan aktivitas malam mereka. Aku yang masih tiada laptop sedang sibuk membaca Harry Potter. Saer pula seperti biasa, sibuk melakukan aktiviti feveretnya iaitu tidur. Sedang Naufal (tak dapat nama Abohh lagik masa ni) pula bermain PSP dan Tocet yang berada di bilik hujung mungkin sedang berborak dengan Apai. Sapik pula sedang membazir masa, melompat slow mo sana sini bersama game Max Payne yang baru dibelinya di Roxy Square tempoh hari.

“Weh Wahidi, jom usha Sapik lompat2 slow mo jap. Buleh kita gelakkan dia. Ceria sikit hidup kita”, ajak Apai kebosanan.

Bernas gak idea ko tu. Ayuh!

Bergerak la mereka ke arah bilik Sapik yang hanya beberapa langkah saja jaraknya. Betapa terhiburnya mereka berdua malam itu, hanya Tuhan saja yang tau. Sehingga akhirnya Sapik fed up lalu off laptop beliau, hampa dengan perangai member2. Setelah bahan ketawa mereka sudah tiada, mereka bertiga mati kutu. Hidup terasa sunyi. Masa dirasakan bergerak terlalu perlahan. Yang kedengaran hanyalah sayup2 bunyi air cond berjenama LG di hujung lorong.

Setelah 10 minit berada dalam keadaan statik, mereka bertiga memutuskan untuk melepak di bilik Wahidi. Oleh kerana bilik beliau yang besar sikit dari bilik2 yang lain, jadi bilik beliau dengan rasminya menjadi bilik lepak umum. Naufal yang baru habis bermain PSP pun join sekaki berborak.

Tiba-tiba, kami semua tersentak apabila terdengar suara mengilai yang menakutkan. Sebijik macam bunyi pontianak.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tolong aku weehhhhhhhhhhhh.

Sebuah susuk tubuh berlari ke arah kami lalu memeluk Apai. Tocet menggigil. Suara mengilai masih lagi terdengar, bergema ke seluruh pelusuk rumah. Saer masih lagi nyenyak tidur manakala semua yang lain berkumpul di bilik Wahidi, ketakutan. Setelah beberapa lama menggigil, mereka memutuskan dengan apa cara juga sekalipun, mereka mesti menghentikan bunyi tersebut dari terus berpanjangan. Perbincangan intensif terus diadakan untuk menghentikan suara mengilai itu.

Setelah kata sepakat dicapai, mereka bergerak secara berkumpulan menuju ke arah punca suara tersebut. Mereka yakin suara tersebut datang dari bilik Tocet sendiri. Ada antara mereka yang memegang batang penyapu sebagai langkah keselamatan dan ada juga yang berkopiah serta membawa surah Yasin. Bilik Tocet yang terletak di hujung lorong, hanya berselang satu bilik dari bilik Wahidi terasa sangat jauh. Selangkah demi selangkah mereka bergerak dengan penuh berhati-hati. Tiada jarak memisahkan mereka berlima.

Tiba di depan bilik, suara mengilai terdengar semakin kuat bergema. Ni kalau sesiapa sorang-sorang kat bilik sekarang konfem dah pengsan lepas terkencing dalam seluar. Setelah melakukan perbincangan untuk yang terakhir kali, mereka saling mengucapkan selamat sesama sendiri. Siapa tahu apa akan terjadi lepas peristiwa ini. Walaupun baru beberapa minggu kenal, tapi persahabatan mereka sangat akrab. Bagai isi dengan kuku.

Di sebalik suara mengilai yang semakin kuat, mereka sepakat.

Ok semua. Ready eh? Ingat plan kita.

Okeh, bisik mereka beramai ramai.

Apai membuka pintu bilik Tocet perlahan lahan, diikuti yang lain. Tuan empunya bilik yang masih menggigil ketakutan berada di lini paling belakang.

Satu. Dua. Tiga. Go!

Tanpa menghiraukan bunyi mengilai yang sangat menakutkan, mereka menyerang. Sekilas aku sempat nampak muka makhluk tersebut. Sangat menakutkan. Berwajah putih pucat, berambut panjang, bermata merah. Tersenyum memandang kami semua.

“Patut la Tocet menggigil”, bisik hati aku.

Apa nak jadi mereka dah tak kesah. Yang penting makhluk ni hilang dari rumah kesayangan mereka dan tidak lagi mengganggu kesejahteraan serta keharmonian mereka berenam. Bersungguh sungguh mereka semua cuba memukul makhluk menakutkan tersebut. Tiba-tiba,

Weh! Aku dah tekan alt F4. Takde kesan dow!

Aaaaaahhhhhhh. Kita ikut plan B!

Dalam ketakutan, mereka memijak laptop Tocet sehingga tertutup. Kurang-kurang muka hantu tu dah tak nampak walau bunyi mengilai still ada. Peduli apa laptop baru ke tak, asalkan makhluk tersebut mati dan bunyi mengilai hilang. Setelah lama berfikir, last2 idea bernas pun tiba. Tak payah alt F4, mereka cabut je plug laptop. Habis cerita. Rumah kembali tenang. Mereka berpelukan sesama sendiri. Tocet sudah tidak menggigil lagi. Saer pula masih lena diulit mimpi.

“Baik ko bagitau weh. Angkara siapa semua ni?”, tanya Apai penuh serius dengan muka yang berpeluh peluh.

“As dow. Asmarina Mahmood. Dia siap suruh aku send kat ym korang lagi. Tapi sebab aku nak tau ape mende tu, aku bukak je la dulu”, jawab Tocet yang jelas masih dalam trauma.

“Asmarina? Aspartam? Siapa tu?”, tanya aku yang masih suci dan tak kenal siapa2 pun lagi selain housemate sendiri.

“Dia budak ktt dulu. Nanti aku tunjuk kat ko yang mana”, tambah Apai.

Semenjak kejadian tersebut, aku sentiasa memandang serong As. Setiap kali terserempak dengan beliau, aku nampak muka yang penuh evil. Ada dua tanduk kat atas kepala, tengah gelak jahat. Macam seorang witch dalam cerita Snow White. Penuh dengan evil plan untuk menimbulkan kacau bilau di dalam dunia yang fana ini.

***

Tapi tu semua dulu. Dah 3 tahun setengah pun berlalu. As takde la sejahat mana. Dia hanyalah seorang awek Kelate yang amik medic kat Indonesia, sama macam kitorang jugak. Cuma kitorang lelaki dan tiada sifat keibuan seperti beliau. Apa2 pun, tujuan post ini sebenarnya adalah kerana kami ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada rakan se-JPA kami, puan Asmarina. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit piut miut kiut miut miut :)

Gambar dicilok dari fb As.

Jangan risau, cerita kat atas adalah cerita betul, bukan rekaan. Tak percaya tanya la Apai ke Tocet ke. Takpon tanya la As sendiri kalau berani.


p/s : Kitorang sume lama lagi nak kawen. Jangan risau.