03 June 2018

LG Scarlet


TV LG Scarlet yang seksi

TV LG Scarlet. 32 inci. Keluaran terkini tahun 2008. Bentuk badan yang seksi, ditambah dengan gabungan warna merah hati dan hitam manis membuatkan tv ini kelihatan begitu menawan. Cara menghidupkan tv yang unik dengan hanya meletakkan jari di tengah bulatan sehingga cahaya neon merah bertukar menjadi putih sudah cukup untuk membuatkan aku ternganga kagum.


Rak tv takde takpe boleh letak tv kat bawah. Sofa takde takpe boleh duduk kat lantai. Katil takde takpe boleh beli toto. Almari takde takpe boleh susun baju dalam bakul. Tapi yang penting tv kena besar.


Memandangkan tv flat screen yang masih belum popular ketika itu, rumah kecoakopro sentiasa menjadi tumpuan rakan2 dari seantero Tanjung Duren Selatan. Dari menonton filem hantu, bermain PS2 sehinggalah ke perlawanan final Champions League. Scarlet setia menemani kami tatkala kebosanan, susah senang dan sentiasa menjadi kebanggaan ahli2 kecoakopro tanpa mengenal erti penat lelah.



Tapi...


Sampai sekarang lepas 10 tahun berlalu, bila aku fikir2 balik, macam mana enam2 manusia semua boleh sepakat setuju beli tv ni tanpa sebarang bantahan? Padahal baru pindah rumah kosong yang takde perabot langsung. Siap sekali pakej Play Station dengan DVD player pulak tu. Bincang on the spot je depan kedai elektrik kat Mangga Dua terus semua on bagi duit sama rata. Tak sampai 10 minit pun bincang aku rasa. Dengan gaji seorang doktor sekarang ni pun aku yakin aku akan fikir berbelas-belas kali nak beli TV power macam ni. Apatah lagi sekali jalan dengan Play Station. Serius aku musykil dengan isi kandungan otak kitorang 10 tahun yang lalu.

Memetik kata Bro Akmal bila pertama kali datang rumah kitorang nak kenal junior2 baru,

 “MasyaAllah, dalam banyak2 benda, benda ni yang korang beli dulu? Buku mana buku?”



dan kini setelah 10 tahun, misteri kandungan otak kitorang masih lagi belum terungkai.





p/s : Tapi serius, tv lagi penting sebenarnya dari buku. Percayalah cakap aku.

19 October 2016

Poster

Kehadapan rakan2 yang aku cintai, walaupun sudah 8 tahun berlalu, perasaan bersalah tu tak pernah hilang dari lubuk hati yang terdalam. Semakin aku cuba melupakan, semakin kuat perasaan bersalah tu aku rasakan. Aku harap dengan detik2 yang berlalu pergi, dapatlah kiranya memori ini perlahan lahan terhakis, berlalu pergi seiring dengan masa. Tapi jangkaan aku salah.



Dengan ini aku ingin memohon maaf atas kegagalan gambar ni. Aku tau korang nak pose feeling2 gambar poster band rock kapak. Muka serius macam tengah fikir masa depan. Tapi aku tak sengaja senyum. Entah apa perkara lawak yang aku nampak tapi betul, aku tak sengaja. Tiada niat di dalam hati nak spoilkan gambar ni. Serius.



P/s : Aku harap satu hari nanti aku sempat recreate pose ni walaupun part perut tu dah tak boleh nak recreate dah.

14 September 2015

7 tahun dah rupanya.


Semuanya rasa macam baru semalam. Wajah2 asing kat KLIA. Sorang rambut afro. Sorang muka macam cina. Sorang tinggi tak cukup. Sorang badan sekeping. Sorang muka tua badan chubby2. Sorang lagi muka jawa rambut sepah. Tak sangka semua tu 7 tahun yang lepas.

Apa apapun selamat ulangtahun ke 7 kecoakopro! Walaupun blog ni hidup segan mati tak mahu, korang jangan risau. Persahabatan kami tetap utuh seutuh cinta Jack dengan Rose dalam cerita Titanic.

Tidak dilupakan juga kepada teman2 ukrida yang lain.

Sori lambat wish.

Housemanship bizi nak mampus. Kitorang semua macam mayat hidup dah ni.




p/s : Aku ingat nak balik jakarta jap makan Hanamasa, Habis makan aku balik KL balik.

29 July 2015

Kurus


Rasa nak menangis aku tengok kekurusan semua orang dalam gambar ni. Tocet paling obvious sekali dia punya kurus. Sekarang aku rasa BMI dia still lebih 30 walaupun training gym dengan abam Rambo tiap minggu. Aku bajet pinggang seluar semua orang masa ni konfem tak lebih 30. Konfem.

Lima2 kemeja ni mesti semua dah tak boleh pakai. Bukan sebab lusuh ke hilang ke, tapi butang tercabut sebab nak tahan perut masing2. Butang pun givap.



p/s : Masa ni la aku tau aboh orang KL rupanya. Aku ingat orang Sungai Buloh.

10 June 2015

Membaca


Bukti kitorang memang rajin membaca. Takde gambar lain yang lebih mampu membuktikan sifat mulia kitorang yang satu ni. Kalau komik pun sampai kembang2 camtu, cuba bayangkan buku medik camne pulak bentuk dia. Punya la budaya membaca ni berkembang mekar dalam hidup kitorang.



p/s : Kalau korang dapat teka ni kat mana korang power.