Aku selalu dengar budak2 perempuan cakap, lelaki yang power
masak ni seksi. Diorang kata tak hensem pun takpe asalkan pandai masak.
“Ala masak simple2 pun ok la, asalkan buleh buat makan”,
tambah mereka lagi.
Rahsia ni sebenarnya dah lama aku simpan. Hari ni aku ingat
nak bagitau kat wanita2 di luar sana bahawa yang sebenarnya, ahli2
kecoakopro ni bukan setakat hensem, malah semuanya pandai masak. Setakat masak
megi campur telur, masak lemak cili api, ayam masak merah, semua kat celah jari
kitorang je. Tapi part pergi pasar tu fail sikit. Aku pun ragu2 diorang ni dapat bezakan ke tak kunyit dengan halia. Ikan pun yang diorang konfem tau ikan bilis je.
Persis warna teh tarik kitorang
Kepala chef : Mayu
Rasa : Tawaq nak mampuih
Warna : Cokelat cokelat cair
Punca kegagalan : Belum pernah lagi dalam sejarah tamadun
melayu orang buat teh tarik pakai teh uncang. Dah tu dengan yakinnya beliau buat satu
jag penuh.
Efek : Sorang minum seteguk je. Diorang kata baik minum air
kosong lagi ada feel. Haus pun hilang.
2. Roti Canai
Liat roti canai kitorang kalah sikit je dengan liatnya sepasang selipar getah
Kepala chef : Wahidi
Rasa : Hambar macam lawak2 syapik.
Tekstur : Liat macam kejut saer bangun pagi.
Tekstur : Liat macam kejut saer bangun pagi.
Warna : Ada la rupa2 roti canai sikit
Punca kegagalan : Entah resipi gugel mana dia jumpa. Dengan yakin je nak try. Ingat rakan2, jangan terlalu percaya dengan sesuatu yang kita gugel.
Efek : Rahang lenguh.
Camni la rupa dia sedikit sebanyak. Nampak smart kan?
Kepala chef : Mayu
Rasa : Okey je, tapi bila kuah dia sampai ke anak tekak, bad things happen.
Warna : Hitam-hitam oren
Punca kegagalan : Semua benda yang campur madu selalunya jadi lagi sedap. Dengan berpegang kepada kata2 hikmat ini, mayu memasak juadah berbuka kami.
Efek : Tocet tidak dapat mengawal refleks salivasi selama setengah jam. Pandangan kosong. Air hidung mengalir tanpa disedari. Flashback masa lalu terlintas di fikiran.
Perfecto!
Kepala chef : Seisi rumah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Rasa : Sepahit hempedu. Paling jauh kuah dia boleh pergi sampai pangkal lidah. Efek menyembur akan diaktifkan apabila kuah sampai ke anak tekak.
Warna : Perfecto, bau mantap. Umpama kami adalah anak jati Thailand.
Punca kegagalan : Sampai sekarang mak aku dengar dia gelak. Dipetik dari kata2 beliau, tak pernah dibuat dek orang perah limau nipis sekali dengan bijik2 dia campak masuk ke dalam. Apatah lagi sekali dengan kulit limau.
Efek : Sampai sekarang bila terbayang, dahi berkerut secara automatis.
p/s : Kita lagi banyak belajar dari kegagalan jika dibandingkan dengan kejayaan. Kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda.
p/s : Kita lagi banyak belajar dari kegagalan jika dibandingkan dengan kejayaan. Kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda.
No comments:
Post a Comment