20 December 2011

Satu Hari di Gelora Bung Karno (Part 2)

Bukak2 je kertas tu, aku nampak X besar. Senyum mula meniti di bibir. Aku bajet ni first time gak la aku ada luck dalam mende2 camni. Aku terus tersenyum. Ada yang dapat pegi bersujud sujud sambil membebel bebel betapa lucky nya mereka hari tu, tapi aku buat tak tau je. Yang tak dapat pegi pulak kebanyakkannya terus balik. Tapi ade jugak yg tunggu je kot2 ade yg tak nak pegi, antaranya ialah Tocet. Dengan muka suram dan kelam, tocet sabar menunggu.

Setelah selesai mencabut undi, suasana senyap sunyi. Yang tak dapat pegi semua dah berlalu meninggalkan bilik mesyuarat. Dengan tidak semena mena Bobo berkata,

"Weh, ada siapa2 nak tiket aku x? Aku tak jadi pegi la."

Dengan pantas Tocet mengangkat tangan. Dipercayai sebab Bobo taknak pegi adalah kerana dikalangan geng2 beliau, dia sorang je yang dapat pegi. Dengan berpegangkan motto all for one, one for all, Bobo dengan rela hati melepaskan tiket yang berharga sejuta rupiah itu kerana hendak bersama geng beliau. Dari muka mati bini, Tocet mula mengukir senyuman. Umpama bulan jatuh ke riba, Tocet menerima tiket tersebut dengan penuh girang. Semangat mula muncul dari dalam diri beliau. Senyum mula terukir. Tocet kembali hensem.

Oleh sebab itu, dia dengan pasrah nya menjadi ketua kepada student2 yg dapat pegi stadium. Kira orang, cek orang kalau hilang, sume keje die. Kalau sesapa tak puas hati pon buleh carik die. Lepas keadaan kembali tenang, kami 15 orang bersama team Malaysia berjalan menuju ke bas yang parking betul2 depan pintu masuk hotel. Lokman, bro Nabieh bersama Heni merangkap kekasih hati Tocet tak dapat tiket vvip, tapi diorang dengan hati yang penuh kental nak gak tengok match walaupun duduk kat seat biasa. Demi negara yang tercinta, mereka sanggup mempertaruhkan nyawa.

Dah habis semua naik bas, baru kitorang sedar yang bas kitorg gerak sekali dengan bas player Malaysia. Perasaan feeling2 atlit mula muncul. Ni kang bas gerak ni mesti semua lambai2 tangan kat aku ni. Tak masuk lagi yang snap gambar, flying kiss dari cewek2 di luar bas, senyuman menggoda lagi. Pehh..

Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Dikawal oleh seorang sekuriti perempuan yang bermuka ketat, bas kami pun mula bergerak tepat di belakang bas player Malaysia. Jarak hotel dengan stadium ada la dalam sepuntung rokok je. Tapi sepanjang jalan ke stadium dipenuhi dengan manusia2 berbaju merah. Bukan setakut baju je merah, semua angkat fuck kearah kami. Kalau ada yang baik sikit diorg buat thumb down. Pompuan ke, laki ke, comel lote ke, berwajah ayu ke, semua sama je aku tengok.

Setibanya kami depan stadium, bas berhenti. Aku usha luar, bas kitorang dikerumun oleh penyokong2 Indonesia. Aku agak diorang sume tak dapat tiket la ni, tu buat hal kat luar stadium tu. Match lagi sejam setengah nak start. Bas pulak stuck kat sini. Padahal pintu masuk vvip ada kat depan tu je.

"Ni mesti taktik diorang nak menang ni. Biar player smpai lambat, tak dapat warm up betul2, main lepas tu kalah", fikir aku.

Selama kena kepung, bas kena ketuk dgn kayu bendera, baling botol air, ludah ape semua. Tu tak masuk yang angkat fuck lagi. Aku ada nampak gak sorang pakcik ni ajar anak yang die tengah dukung angkat fuck. Padahal anak dia baru je dalam 4-5 tahun. Ni kalau tiba2 aku ada power potong jari orang yang tengah angkat fuck konfem esok ekonomi Indonesia terus lumpuh. Tapi kitorang dalam bas buat tak kisah je la. Jangan diorang hijack bas kitorang bawak senapang sudah. Takpun baling Molotov cocktail. Harap2 la takde berlaku. Dah rasa bosan tengok diorang aku pun tengok jam. Dah 45 minit rupanya bas ni tak gerak2. Gigih betol diorang ni tak nak bagi Malaysia menang. Taktik kotor pun jalan.

Lautan manusia, dah macam pergi haji

Genap sejam, kitorang menerima arahan suruh tutup langsir. Persetankan aje mereka. Jangan layan diorang tu, kata ketua penyokong kat kitorang. Tak lama lepas langsir ditutup, bas mula bergerak perlahan ke arah pintu vvip stadium. Semangat kitorang kembali memuncak. Rasa cuak mula hilang. Pintu vvip makin lama makin dekat dan akhirnya kami tiba jugak depan pintu vvip ni. Kami tarik nafas lega. Tapi bas tak berhenti. Bas tu elok je belok kiri ikut bas player masuk terowong pegi padang. Semua player turun tapi bas kitorang berhenti je.

Lepas semua player turun baru bas kitorang kembali bergerak. Aku pikir camne la bas ni nak undur. Konfem 2-3 orang mati kena gilis tak lama lagi. Sekali tanpa disangka, bas tu bergerak straight ke arah padang. Langsir kami bukak. Suasana yang tadinya gelap sebab dalam terowong, sekarang dah cerah akibat cahaya lampu limpah. Semua mata penyokong yang berada di dalam stadium tertumpu kat bas.

"Hihi. Ni dah macam player dah kita ni turun tepi padang".

"Player pun berhenti kat terowong tu je. Kita siap bas parking tepi padang lagik".

"Aboh, sia2 la beli dslr mahal2 tu, amik la gambar cepat. Bukan senang ni".

"Sori dow, kamera aku habis bateri. Teeheehee".

Disebabkan semua masih dalam kondisi tergamam, semua malas nak pukul Aboh. Tak pernah la pulak kitorg bayangkan bas akan parking betul2 tepi padang. Kami diarahkan untuk segera turun sebab match tak lama lagi nak start. Aku cek balik bendera dengan banner Malaysia ada dalam beg, lepas tu aku terus turun dari bas. Jarak antara bas dengan tempat duduk vvip ada la dalam 100 meter. Selangkah demi selangkah aku menapak. Aku cuba menikmati saat ni yang aku rasa lepas ni konfem takkan aku dapat dah. Aku tengok kearah tempat duduk penonton, aku nampak lautan merah memaki maki kami. Tu tak kira lagi yang angkat fuck macam biasa. Aku usha satu stadium. Sikit warna kuning pun aku tak nampak kecuali kitorang yang tengah berjalan nak pegi seat vvip.

Aku, Tocet dan kaki Aboh.

Oleh sebab aku sedikit jakun dan rasa diri ini sangat popular, aku melambai lambaikan tangan kearah tempat duduk penonton sambil tersenyum. Kot2 la ada cewek2 comel lambai balik ke kan. Rezeki tuhan mana kita tau. Tapi satu lambai pon tak dapat, jari tengah banyak la dapat. Aku bersama sorang brader dari Malaysia jalan seiringan melambai lambaikan tangan. Tocet dah jauh ke depan. Aboh pulak dah hilang entah ke mana.

“Weh korang dua, pandang sini kasi posing sikit, aku nak amik gambar”, kata Lokman yang jalan betul2 depan kitorang sambil memegang dslr beliau.

Setelah gambar kami diambil, tiba2 brader sebelah aku tunduk bergolek golek. Aku dah blank. Buang tebiat ke apa brader ni. Brader tersebut terduduk sambil memandang ke arah tempat duduk penonton dengan dahi berkerut. Tiba2, sebotol air mineral besar dengan air yang masih penuh terbang dengan halaju cahaya betul2 depan mata aku. Jarak hidung aku dengan botol tu ada la dalam sehasta. Aku tergamam. Tu kalau kena tu mau bersepai kepala otak aku. Terkeluar medulla oblongata. Boleh lumpuh sistem saraf pusat aku.

Aku dan seorang brader lepas kena baling air mineral.

Lepas tu memang kitorang terus pegi kat seat vvip tanpa berlengah lagi. Keberanian nak melambai lambai dah hilang. Kot benda lain pulak terbang susah pulak kang. Sampai je kat seat vvip, aku terus pilih tempat duduk. Aku cuba cari yang tengah2 sikit. Selain dari dapat view yang mantap, mana la tau kan kot2 buleh masuk tv. Bangga sikit orang kampung aku nanti tengok ada wakil kat stadium. Seat kitorang dikelilingi oleh brader2 gym badan tuff bermuka tengik. Aku bajet sekali die jentik abdomen manusia, hati boleh terus rupture. Aku pun melabuhkan punggung. Memang terbaik seat ni. Dah rasa macam main Football Manager dah view dia. Betul2 tengah dan view padang memang terbaik. Jam dah menunjukkan pukul 7.20 waktu Indonesia Barat. Lagi 10 minit ni match nak start.


Macam panjang sangat je cerita aku ni. Nanti esok lusa la aku sambung lagik.

3 comments:

cik tasukeecOklat said...

tu jek sambungan engkOrang??adeehhh.....
[mengurut dada menahan kentut....hurhhh..!!!!]geram btl la...~
hahaha..~

jaa64 said...

fuh2....berdebar2 baca cerita ni..hehe, hari tu pergi gak tapi pakai baju merah..menyamar,hoho

adi kkcg said...

eh? ade gak eh budak malaysia lain?
ingatkan kitorg je ada. keh3.
mana cekau tiket? bukan ke mahal?