15 September 2011

alkisah #1 - misteri bau busuk.

Tengahari yang tenang.Tiada unggas2 berkicauan.Yang terdengar hanyalah bunyi kipas yang ligat berputar menyejukkan manusia2 yang kepanasan.

Tiba2 terdengar suara carutan kasar dari ruang tamu.Terlihat dua org manusia sedang sibuk bermain ps2 manakala seorang lagi manusia terbaring sambil memakai tuala, membelek belek ipod kesayangan beliau.

'Babi zaidi, tipu sial gol ko.Mane logik gol camtu!', jerit ahmad halim yang nyata tidak berpuas hati dengan kehebatan zaidi bermain game bola di play station.

'Ala aku tau ko bagi can je tu kan? Lepas ni sure ko kejar balik', ujar zaidi cuba menenangkan perasaan member baik beliau, ahmad halim yang sedang marah akibat dibelasah teruk oleh beliau.

Selepas itu, suasana kembali tenang.Zaidi dan ahmad halim kembali fokus bermain game.Tahir pula masih belum bangun tidur dari malam semalam.Yang terdengar hanyalah kelepek2, bunyi kaki novelle yang masih sibuk bermain ipod tetapi telah mengubah posisi beliau kepada posisi meniarap.

Dengan tidak semena mena zaidi menekan butang pause seraya bertanya,

'Weh, pejadah bau busuk ni?', tanya zaidi yang nyata terganggu performance beliau dengan suatu bau yang muncul secara tiba tiba.

'Aah la weh, babi mana kentut ni? Ko ke kentut zaidi?', tanya ahmad halim dengan muka merah menahan bau.

'Apesal aku plak? Aku tgh fokus main game mane sempat nak kentut', ujar zaidi cuba membuat kelakar untuk menenangkan suasana yang tegang.

'Ntah2 ko tak yang kentut?', tambah zaidi lagi, cuba menuduh ahmad halim.

'Sumpah bukan aku.Ni dah mcm tak berak sebulan bau dia ni', marah ahmad halim cuba meyakinkan bahawa bukan dia punca bau busuk tersebut.

'Ni konfem novelle ni.Weh novelle, ko kentut ek?Bau macam palat ko tau x?'

'Ah!pehal pulak aku? Korang la ni kentut lepas tu salahkan aku!', marah novelle tanpa memandang mereka, masih sibuk bermain ipod sambil menggoyang goyangkan kaki.

Zaidi dan ahmad halim tidak dapat lagi menahan bau tersebut.Oksigen sangatlah diperlukan pada waktu2 darurat seperti ini.Dengan sebulat suara mereka masuk ke bilik untuk menghirup udara yang lebih segar.

Setelah beberapa minit, mereka kembali ke ruang tamu, menyambung balik game yang lama tergendala akibat bau busuk sebentar tadi.

Kira kira 10 minit kemudian, novelle berdiri membetul betulkan tuala beliau sambil menghela nafas panjang.Ipod diletakkan di tepi.Beliau berjalan perlahan2 menuju ke tangga melintasi zaidi dan ahmad halim yang sedang fokus bermain game.Anak tangga dituruni satu persatu sambil menyanyikan lagu jamal abdillah, artis kesayangan beliau.Kemudian terdengar bunyi selak pintu diikuti bunyi tempat duduk jamban diturunkan.

'Pehh.Dari pagi tadi mamat tu pakai tuala.Sekarang dah tengahari baru nak gi mandi', ujar ahmad halim kepada zaidi.

Suasana diam sebentar,





'Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!', jerit ahmad halim dan zaidi serentak.

No comments: