25 August 2011

sbb kami lame sgt duduk indonesia.

Setelah brkurun kami mmbesa di kota metropolitan jakarta yang indah ini, akhirnya tiba juga masa untuk kami pulang ke kampung halaman tercinta yang sentiasa jauh di mata tapi dekat di hati.

wlaopon ramai mmbe2 kitorg dah balik awal sbb diorg pandai sgt, kami yg sedikit malas ini trpaksa pulang sedikit lewat kerana berhempas pulas utk mngambil repeat paper.

disbbkan dah berkurun kami duduk dekat indonesia nih x reti2 nak balek, berikut adalah nasihat kami kepada teman2 yg akan pulang beraya di malaysia kelak :

1. janganlah anda menggelabah masa nak bayar kat cashier 7e sbb xde duit warna biru atau pepel.tenangkan fikiran dan anda akhirnya akan sedar yang anda kini sedang berada di malaysia.

2. ketika makan di mamak, jgn sesekali panggil anney dgn panggilan mas.x pon panggil mane2 pelayan kat supermarket dgn panggilan mbak.msti diorg buat buduh je nanti.

3. oleh kerana nk sgt berjimat, jgn la korg plan nak naek angkut kalo nak pegi mane2.mmg mmbesa la korg kat tepi jalan tuh nanti.tggu taxi warna biru pon adalah dilarang sama sekali.

4. bang, murtabak nih brape ribu?
situasi seperti ini ketika membeli murtabak di bazar ramadan mungkin akan mybbkan penjual murtabak trsebut trnganga melihat anda seraya berfikir 'kaya sgt ke budak ni smpai murtabak pon main ribu2?'

5. true story.

penjual tiket bas : bang bang, tiket gi kl nih.murah2.

mr N : nggak apa2.udah ada.

6. disbbkn bosan dan tgh xde duit ketika brjalan jalan kat mall brsame rakan2, jangan sesekali anda mengajak mereka mkn kat solaria sbb kat situ murah dan banyak.nnti msti diorg blank.

7. cuba elakkan dari memilih untuk menyanyikan lagu2 dari kumpulan kotak, ST 12 atau mbak surip mase karaoke kat kotak2 di mall2 berhampiran.kemungkinan besar lagu yg anda nak nyanyi tu xde.

8. jgn expect sume mall kat malaysia ade wayang mcm kat indonesia.plaza alam sentral, plaza PKNS dan subang parade sume xde wayang.

9. jgn lupe bawak 20 sen kalo taknak terkencing dalam seluar.kalo mmg ade niat nak kencing dlm seluar xyah la bawak 20 sen.

10. jgn sesekali mengharapkan dorongan ketika anda lapar di malam yang dingin.takpon masa nak bli sayur.naik la motor atau kereta utk mendapatkan apa yg anda inginkan.kalo lapa call la delivery.

11. kalo taknak kne pelempang sulung dari bonda tercinta, kemas baju2 anda sendiri sbb umah kat malaysia xde mbak utk kemaskan sume barang korg.

12. khas utk ahli2 kecoakopro, cbe berhenti utk beberapa mggu dari mengutuk aboh sbb abah di malaysia adalah lain jika dibandingkan dgn abah di indonesia.balik jakarta nnti buleh sambung kutuk aboh balek.

13. kalo xnk mulut korg kne sumbat dgn kain batik mak korg yg x basuh lagik, jgn sesekali menggelabah kejut sahur pukul 4stgh sbb dah nak imsak.tuh waktu indonesia.waktu malaysia 5stgh.

14.elakkan menggunakan perkataan 'permisi'.nnti korg kne gelak serta dipandang serong oleh masyarakat setempat.gunakanlah 'excuse me' utk nampak lebih intelektual.

15.teh o ais ye rakan2..bukan es teh manis.pastikan prkataan ais digunakan di blkg nama air bukan di depan.



p/s : nih je yg teringat.kalo ade nak tambah tulis kat bawah ek.selamat hari raya!

08 August 2011

mengapa begini?

Setelah 3 tahun blog kecoakopro ni wujud, dah dekat 70 post tertulis tapi still baru 15 orang je yang follow blog ni.jadi setelah dikira kira,

70 post / 15 followers = 1 followers setiap 5 post.

tapi cube tgk blog ni :


post die ade 2 je, tapi followers die dah ade 10.ini bermakna :

2 post / 10 followers = 5 followers setiap 1 post.

pehhhhhh.mengapaaaaaaaaaaaa?

ape yang spesel sgt ntah pasal blog mamat ni?

padahal post die copy paste mane je.ape kitorg punye post x menarek ke?

ape mamat ni makan?

die guna cheat code ke?

muka die comel sgt ke?tgk muka sama je selebet tiap2 hari.

ke die byk secret admirer?

xpon die bayar org suruh follow blog die?

guna serbuk guna2?

comel sgt ke muka mamat ni?




p/s : post ini xde kena mengena dgn emosi.saje je nk suruh korg bace blog tocet.padat dgn info2 terkini.hahah.

01 August 2011

Piala Dato' Naufal 2011/2012

adakah anda rase menyampah tatkala tgk muka mamat ni?

korg rase nak lempang je sedas?

x puas hati tgk mamat ni dpt byk awek sedangkan korg lagi hensem?

adakah korg yakin korg lagi awesome, hebat dan macho dari mamat ni?

_____________________________________________________________________________

jika ya, mesti korang la yang kalah piala dato' naufal season lepas.x pon mamat ni la yg rampas awek korang yang dulu.

oleh sebab itu,anda wajib join piala dato' naufal 2011/2012 sbb mamat ni adalah juara bagi season yang lpas!

cara2nya mudah je :

1)Daftar masuk ke www.fantasy.premierleague.com

2)sign up, isi sket mende2 ntah yang die nak tu.kalo ade agree or not, xyah bace trus agree.

3)penuhkanlah line up korg dgn player feberet korg mcm :

david silva (man city)

park ji sung (man united)

dan jgn lupa pilih kapten team korg.

4)daftar masok piala dato' naufal 2011/2012 dgn menaip nombor kod berikut :

71402-26490

5)usha epl tiap mggu hanya di indovision, bukan yang lain.

6)bila dah abes sume match, anda buleh lihat kesampahan team anda dan betapa x berbakatnya anda untuk menjadi manager yg berjaya seperti 'naufal villas-boas'.

kacang je kan?

cepat daftar sebelom 13 ogos sbb season dah nak start.hadiah utk pemenang x konfem lagik sbb duit dato' naufal dah abes buat bayar short sem.






p/s : terbuka kepada semua yang terbaca mendalah ni.kot2 la trnampak gmbar kat atas trus rase korg lagi hensem ke kan.